Tuesday, January 31, 2012

Cucur Bom Manis

Cucur yang sangat sedap, ringkas dan senang pada pandangan ambe..
Masa blogwalking tempoh hari, nampak Kak Anna tayang cucur ni...
Terus salin sambil berkata dalam hati...bilala aku boleh menjadikan ianya kenyataan...huhuhu
Makin hari makin panjang list dan resepi ni makin terkebelakang..
Akhirnya tanggal 7 November tahun lepas jadi la jugak...
Sebab kak Anna gtau adunan ni dapat sikit je, ambe doublekan terus sebab orang kat umah ni memang suka makan jenis camni..
Kuar je kuali terus sume menerpa dengan rasa xsabar2 dan hasilnya...memang akan buat lagila!!
Dan memang dah buat lagi pun,hehhehe....



Bahan-bahan:
  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.

6 comments:

Cendana Kasih said...

sedapnyer...suka makan cucur bom ni...cicah ngan kuah kacang pun sedap gak

Anna Qawina said...

yea..akak suka gak nih..tah brp x dah ulang buat ni, sbb sng kan..sedap takyah kata la..meh akak 5 biji bom..

Kak Sam said...

Kita belum buat punlagi. Huhuhu bila nak buat ni.

Nadiah Sidek said...

nak sikit.. :D

Mas said...

nakkkkk...
anak2 akak suka cucur gini...

CT Delima said...

As'alam Mimie

cucur2 macam ni kalau makan tak pernah jemukan. Tambah2 kalau cekodok pisang makan tak hengat orang sebelah jawabnya :)