Powered By Blogger

Tuesday, July 31, 2012

Sagu gula melaka


Terjah umah KaK Noorsha.. Sedap sangat!!!!

Bahan-Bahan 
  • 1 biji gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • seikat daun pandan

  • 500 ml santan pekat (Noorsha guna santan kotak)
  • 150 ml air
  • sedikit garam

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • secubit garam
  • pewarna pilihan
Cara-cara:

1.Untuk kuah gula melaka :potong gula melaka kecil2, masukkan dalam periuk bersama air & daun pandan yg disimpul.
2. masak dengan api sederhana hingga cair kemudian masukkan gula melaka kedalam cawan puding. ketepikan.
3. Untuk Kuah Santan: masukkan santan pekat, air dan sedikit garam kedalam periuk. renihkan seketika. ketepikan.
4. Untuk puding sagu :bersihkan sagu dengan sekali air lalu saja...toskan air. masukkan sagu kedalam periuk bersama air dan secubit garam
5. masak dengan api kecil saja hingga sagu berubah jernih. kacau sesekali.
6. asingkan sagu kepada 2 bahagian sama banyak.
7.letak setiap satu dengan setitis pewarna pilihan.kacau rata... kalau nak pakai plain pun ok...
8.masukkan sagu tersebut kedalam cawan puding.. 
9. untuk menghidang : curahkan santan @ susu cair @ susu segar keatas sagu yang sedia sejuk.. selamat mencuba :)

Friday, July 27, 2012

Kuih bom Kak Badaria


 Kuih santapan berbuka puasa semalam... resepi Kak Badaria

Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit garam
  • santan cair secukupnya (saya guna santan kotak dicampur dengan air)
  • Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau (saya guna inti kacang merah)
  • Bijan secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng




Cara-caranya:-
  1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
  2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  3. ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
  4. Ambil dulang dan tabur dengan bijan
  5. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. Bulatkan
  6. letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
  7. Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan. Jika tak pandai....guling-gulingkan kuih atas bijan supaya semua permukaan kuih diliputi dengan bijan.
  8. Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
  9. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.

Thursday, July 26, 2012

Happy 2nd Anniversary


Alhamdulillah dah menginjak usia 2 tahun usia blog ambe ni. 

Sepanjang 2 tahun ni, walaupun x banyak n3 yang berjaya diupdate dek kekangan masa dan waktu, tapi di sini la segala penat lelah menghasilkan sesuatu hidangan, mempelajari pelbagai resepi baru dari sifu-sifu yang terer di abadikan dan di pahat untuk tatapan dan kenangan di masa hadapan.

Sedar tak sedar dah 2 tahun ambe berblogging. Sepanjang waktu tersebut, hanya sedikit masa yang ambe sempat peruntukkan untuk mengupdate blog ni.. karangan pun dh xsepanjang dulu...hehheheh.. Walau apapun, ambe tetap sayang dan kasihkan blog ku ini..

Akhir kata, salam sayang dan insyaAllah blog ini akan bertahan dan moga-moga menjadi rujukan yag berguna buat yang singgah di sini!

Salam sayang
ALKISAHKU...(^_^)


Wednesday, July 25, 2012

Nasi lemak tumis


Assalamualaikum..
Menu berbuka semalam.. Nasi lemak tumis..nasi ambe masak, sambal ikan bilis kasi spupu i masak...
Alhamdulillah..sedap!! bertambah makan...
Xterlambat ambe nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua yang berkunjung ke sini..
Opppp... ramai sifu dh try tumis resepi Kak Jun ni..

Bahan : ( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara memasak :
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Thursday, July 5, 2012

Oreo Cheese Cake..

Assalamualaikum...

Ayat klise, lama kan xbersiaran... bukan disengajakan namun ini lah hakikat kehidupan.. 
Hidup seorang auditor yang sentiasa sibuk smpai bulan 7..hhehehe... sape2 pernah keje bahagian audit mesti mengakui kebenarannya kan...
Terus masuk cite asal nk tayang n3 ciskek nih..
Xpernah2 ambe buat ciskek, namun dek tergoda dan nak makan tahap gaban, ku godek gak ngan bantuan adik ambe..
Nak tengok???

Meleleh x...hahhahha...kijam tau!!!!

Resepi amek umah Kak Ana Suzana. situ siap ade langkah-langkah lagi...
Akan dibuat lagi tapi nanti balik kampungla...makan ramai-ramai baru best. Hari tu pun kejap je habis..

Bahan:-

30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus 
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-

16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese 
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli - ambe pun
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- 
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi