Friday, July 27, 2012

Kuih bom Kak Badaria


 Kuih santapan berbuka puasa semalam... resepi Kak Badaria

Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit garam
  • santan cair secukupnya (saya guna santan kotak dicampur dengan air)
  • Inti secukupnya : inti kacang merah atau inti kelapa atau inti kacang hijau (saya guna inti kacang merah)
  • Bijan secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng




Cara-caranya:-
  1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas, gaul rata
  2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  3. ambil sedikit doh dalam anggaran 30gm dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis doh tersebut
  4. Ambil dulang dan tabur dengan bijan
  5. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup rapat supaya inti tidak terkeluar. Bulatkan
  6. letakkan diatas bijan yang ditabur atas dulang tadi. Buat langkah 5 sehingga semua doh habis.
  7. Goyang-goyang dulang supaya semua kuih diliputi dengan bijan. Jika tak pandai....guling-gulingkan kuih atas bijan supaya semua permukaan kuih diliputi dengan bijan.
  8. Rehatkan kuih bom anda sebelum digoreng.
  9. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. Pastikan digoreng dengan mengunakan api sederhana.

4 comments:

pr!ncEsS1405 said...

akak sy pernah buat kuih, p punyer la keras,,
hayya bleh buat main baling2 :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

suami akak suka kuih bom versi pulut ni.. tp akak pulak suka yg kulit campur ngan keledek tu.. hehe.. tp dua2 pun sedap juga kan..

Gee® said...

waaa... comel kuih bom tu...

ila jer said...

MACAM NAK BUAT JERKKKK PETANGG NIIII..