Thursday, July 5, 2012

Oreo Cheese Cake..

Assalamualaikum...

Ayat klise, lama kan xbersiaran... bukan disengajakan namun ini lah hakikat kehidupan.. 
Hidup seorang auditor yang sentiasa sibuk smpai bulan 7..hhehehe... sape2 pernah keje bahagian audit mesti mengakui kebenarannya kan...
Terus masuk cite asal nk tayang n3 ciskek nih..
Xpernah2 ambe buat ciskek, namun dek tergoda dan nak makan tahap gaban, ku godek gak ngan bantuan adik ambe..
Nak tengok???

Meleleh x...hahhahha...kijam tau!!!!

Resepi amek umah Kak Ana Suzana. situ siap ade langkah-langkah lagi...
Akan dibuat lagi tapi nanti balik kampungla...makan ramai-ramai baru best. Hari tu pun kejap je habis..

Bahan:-

30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus 
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-

16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese 
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli - ambe pun
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- 
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi

13 comments:

Afasz said...

sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Saya Disini said...

nak3.

Gya Duniaku said...

nampak sedap sgt...tergoda..

rahel said...

Sedapnya oreo ciskek..dah lama tak mkn oreo ciskek ni..rindu rasenyer..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hello Mimiey! Apa khabar? Wahhh ada oreo cheesecake di sini! Love asyik tertangguh je nak buat kek ni...mood tarak..hehe!

Makan kat rumah Mimiey dulu erk!

HomeKreation said...

Kecek kat FB tak dapat, kita kecek kat sini pulaaa... boleh? hehe

HomeKreation said...

Kecek kat FB tak dapat, kita kecek kat sini pulaaa... boleh? hehe

AZLITA AZIZ said...

Alahaiii.. sedapnya..
Macam mana akak diet macam ni.. tengok sana terliur.. tengok sini terliur.. ^_^

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.