Wednesday, July 25, 2012

Nasi lemak tumis


Assalamualaikum..
Menu berbuka semalam.. Nasi lemak tumis..nasi ambe masak, sambal ikan bilis kasi spupu i masak...
Alhamdulillah..sedap!! bertambah makan...
Xterlambat ambe nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua yang berkunjung ke sini..
Opppp... ramai sifu dh try tumis resepi Kak Jun ni..

Bahan : ( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara memasak :
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

2 comments:

rahel said...

Salam..
wah..nasi lemak tumis dah mari...sedapnyaa..

zila norazila said...

dah lama bragan nk buat nasi lemak tumis..he hee bisa buat nasi lmak biasa2 jew..nampak myelerakan..leh cuba jgk nnt:)