Tuesday, July 31, 2012

Sagu gula melaka


Terjah umah KaK Noorsha.. Sedap sangat!!!!

Bahan-Bahan 
  • 1 biji gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • seikat daun pandan

  • 500 ml santan pekat (Noorsha guna santan kotak)
  • 150 ml air
  • sedikit garam

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • secubit garam
  • pewarna pilihan
Cara-cara:

1.Untuk kuah gula melaka :potong gula melaka kecil2, masukkan dalam periuk bersama air & daun pandan yg disimpul.
2. masak dengan api sederhana hingga cair kemudian masukkan gula melaka kedalam cawan puding. ketepikan.
3. Untuk Kuah Santan: masukkan santan pekat, air dan sedikit garam kedalam periuk. renihkan seketika. ketepikan.
4. Untuk puding sagu :bersihkan sagu dengan sekali air lalu saja...toskan air. masukkan sagu kedalam periuk bersama air dan secubit garam
5. masak dengan api kecil saja hingga sagu berubah jernih. kacau sesekali.
6. asingkan sagu kepada 2 bahagian sama banyak.
7.letak setiap satu dengan setitis pewarna pilihan.kacau rata... kalau nak pakai plain pun ok...
8.masukkan sagu tersebut kedalam cawan puding.. 
9. untuk menghidang : curahkan santan @ susu cair @ susu segar keatas sagu yang sedia sejuk.. selamat mencuba :)

3 comments:

nOOrsha said...

Maceh mimi sudi cuba :-).cantik kaler merah makngah :-)

Ketuhar Panas Yatie said...

Eermmm, sedapnya. Kalau makan benda ni tak boleh satu kali , kena banyak kali.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...