Friday, March 2, 2012

Sambal ayam Udang Kering Kak Diana..

 Salam jumaat..


Xleh nak mengomel banyak,terus layan resepi ye...
Amek umah Kak Diana..
Sedap!!
Abaikan buku-buku kat belakang tu ye...
Tengah buat assignment time tu.. huhuhuhu


Bahan-bahan:
  • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong - xletak
  • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong - xletak
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris
  • Minyak untuk menumis


Bahan² Perap

  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 3/4 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung


Cara-cara:
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

3 comments:

sofia yaacob said...

hamboi2..enak bangat kayaknya..:))


*kononya la 2 kan nk oyap rjin wat asimen...:P

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Sedapnyaaaaa! Dah masuk list...blm buat je lagi. Tengah vegan karang for 1 month..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mimiey..
akak lambat sampai ler.. kalau x.. bole juga akak tumpang makan kat cnie kan..

terima kasih mimiey kerana sudi mencuba resipi nie.. :)