Tuesday, March 6, 2012

Kuih Rengas Kak Hasue..

Jom layan kuih rengas @ kuih kacang hijau ni..
Peberet abah ambe...
Kalau buat,memang die je la dok mengadap kuih ni...

Xde props bagai pun...
Amek gambar sekeping dan terus makan...
Abaikan yang terhitam tu ye...
Terlebih garing sebab asyik dok bersembang ngan my mum...hhahahah...
Seb baik rasa maintain..
Credit to Kak Hasue..
dah brape kali buat dah, ni baru nak masuk blog..

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
Inti Kacang Hijau

Bahan2:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..

    3 comments:

    Gee® said...

    sedappp....

    rahel said...

    Emmm...suka mkn kuih rengas ni...tapi dah lama tak buat,klu buat tak pandai berhenti mkn...asyik mengunyah jer...

    Nadiah Sidek said...

    kuih kegemaran akak juga ni! ;)