Monday, March 19, 2012

Ayam Harum Thai

Assalamualaikum...

Dah pernah buat dulu...kali ni buat lagi...
Amek umah Kak Ummi...
Xleh nak bebel panjang...
2 file setinggi gunung tunggu nak disettlekan...bye bye..
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
  • 2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
  • 4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai) ambe pun
  • 2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah) - ambe guna hijau je
  • sedikit gula dan garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • daun sup - dihiris halus-halus
Cara Memasak:-
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan A sampai wangi.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
  4. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
  5. Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
  6. Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

9 comments:

Kamalia said...

suka jugak ayam harum thai ni mimie..sedapkan..nampak yg ni terliur terus..

Nieza said...

sedapnya dik...akak lum pernah buat lagi ni.

sapphire said...

sedap...nk try buat balik nanti..cuma nak tanya..kenapa warna dia tak sama ngn yg sebelumnya..?

Mimiey.. (^-^) said...

@kamalia...
hehhehe...nnt tryla buat kak lia...mmg best

Mimiey.. (^-^) said...

@kak nieza...
nnt akak cuba tau...

Mimiey.. (^-^) said...

@sapphire...
hehhehe...sebenarnye sy terlebih letak kicap...
terlajak kicap,habis gelap ayamku...hheheh

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Mimie...

hehehe dh mln2 dtg sini nk ratah ayam harum thai!!!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Ahhh ayammmm! Bak sini sikitttt...ratah je ;)

HomeKreation said...

Aslmkm Mimiey.... walaaa.... nampak cedap...!