Powered By Blogger

Wednesday, February 2, 2011

Kacang Peas Goreng Belacan

Macam dah lame je xtayang menu satur kat sini kan??? bukan xmasak sayur, tapi balik2 sayur goreng..sup sayur...xpun, ulam-ulaman cam timun, salad sume..Tadi dah siap masak lauk sume, nak masak sayur pulak. Niat d hati nak buat kangkung goreng belacan sebab rasenya ada seikat lagi kangkung xberusik dalam esbok tu...kang kalau x dikerjakan, jadi santapan cik tong pulak.. geledeh punya geledeh dalam esbok, siap cari setiap inci lagi kot2 terselit kat mane-mane tapi xde gak..mulela tergaru-garu kepala cari kat mane tersorok kangkung tuh...last2 tanya my mum, my mum kata kan dah guna buat mihun sup  2 3 hari lepas...huaaaaa....nak makan kangkung belacan!!!
Dek keran nak makan gak sayur ada belacan, ambe bantai guna kacang peas yang tinggal sebungkus je lagi dalam esbok tuh. Hmmmm...sedap gak ngan rangup2 kacang tuh...meh layan cara paling sempoi ambe buat..

Bahan-bahan:
  • 1 paket kacang peas - potong menyerong
  • 4 ulas bawang putih - cincang kasar
  • Belacan - sukatan ikut suka
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 3/4 sb cili kisar
  • 1 biji cili merah - potong menyerong
  • 1/2 kiub pati ayam
Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan belacan. Kacau seketika.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam. kacau sebentar dan masukkan kacang peas. Masukkan juga cili merah.
  3. Biarkan 2 3 minit, kalau mahu lebih masin boleh tambahkan sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera...


Sambal Ikan Bilis Kak Love

2 3 hari ni memang kejenye masukkan n3 draft  yang dah bersusun dalam dashboard tuh.. So, untuk sehari 2 ni layan jela ye menu yang dah lama dibikin ni. Dah masuk Indah Water pun..hhehehhe... sambal ikan bilis Kak Love ni memang sedap, kena ngan selera penghuni umah ni...tapi 2la, ambe still xpass lagik nak buat sambal bilis ni cam orang lain buat..tengok Kak Love ngan Kak Ayu buat...makk aiihhh...kecur liur... lenkali akan buat lagi smpai jadik cam Kak Love n Kak Ayu buat..

Ingredients :
  • 1 cup of cleaned anchovies
  • 10 pcs dried chillis * (soak in hot water first, drained)
  • 5 shallots *
  • 3 cloves of garlic *
  • 1 cm shrimp paste (belacan) *
  • 1 large onion ~ sliced into rings
  • 1 stalk of lemongrass ~ slightly crushed (optional)
  • 2 tbsp of tamarind juice (adjust to ur taste)
  • sufficient amount of water ~ (add more if u prefer the sambal abit watery)
  • Salt and sugar to taste
  • Cooking oil
Cooking method :
  1. Blend smooth the ingredients marked *.
  2. Heat oil in a wok. Fry the anchovies till crispy. Leave it aside.
  3. Now stir-fry the blended ingredients together with lemongrass till fragrant. Make sure the oil floats...
  4. Add some water and stir awhile. Add onion rings, tamarind juice, salt n sugar. Stir and give it a boil.
  5. Finally, add the fried anchovies. Mix well and turn off the flame.
  6. Ur Sambal is ready to be served with Nasi Lemak/ plain rice/ bread!

Tuesday, February 1, 2011

Kek Coklat Fendi 75

Kek ni dah lama dok bertapa dalam folder tu...hampir terlupa nak n3..Kek ni pun senang je nak buat,xpayah pakai mixer bagai..guna kekuatan tangan je. sape2 yang nak menambah muscle berketul2 lehla try buat kek ni. Ambe buat 2 2 topping, dengan coklat ganache pun ye, dengan sos kastard cam Kak Izah pun ye...nak tengok resepi???? jenguk bawah..

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ** Topping **-tak buat ganti dengan kuah kastard
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak


Kuah kastard:

1 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanila

satukan semua bahan di atas, kacau hingga sebati atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Angkat dan hidang. Taburkan coklat rice.


Cara-cara:


  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok.