Tuesday, August 14, 2012

Kuih Kaswi Gandum


Kuih berbuka minggu lepas hasil berjalan umah Kak Yatie..
Sedap!!

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Thursday, August 9, 2012

Bingka Kentang Kak Yatie...


Resepi Kak Yatie..
Gambar blur abaikan.. tapi sedap sangat sampai buat 2x dalam masa xsampai sehari..

Bahan-bahan.(loyang 8x8inci)
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan

  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

Tuesday, August 7, 2012

Kek Kukus Susu...

Dah lama buat tapi lupa nak publish...
Resepi asal plain je, tapi ambe letak serbuk koko skit bagi rasa xplain sgt n saje gatal tangan main ngan kaler ijo..hehhe
Resepi dari Cutie Winkle..
Mudah dan sedap..lembut je

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

  • 250 g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 6 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Pukul butter dgn gula hingga kembang
  2. Masuk kan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masuk kan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
  4. Masuk kan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung
  5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelak kan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.


Thursday, August 2, 2012

Sambal Goreng Kering


Ambe amek dari umah Kak Ayu

Ambe xleh nak copy dari Kak Ayu, so yang berminat leh klik kat link tu ye...