Wednesday, December 7, 2011

Kiwi Pudding

Alhamdulillah, maka berakhirla puasa pada hari ini...Sesiapa yang berpuasa sunat Hari Asyura hari ini, moga segala puasa kita diterima Allah sebaik-baiknya. Sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa, ambe godek-godek puding kiwi ni...sedap!!!!! Ehhhh...lupa, ambe kat kampung, menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki...so berpeluang berpuasa bersama keluarga....

 Bagi penggemar kiwi, anda disarankan mencuba puding ni...ni sebenarnya hasil derhaka ambe pada Dragon fruit pudding Kak Ummi... puas merayau mencari buah dragon fruit tapi still xjumpa, tapi tekak terasa nak makan benda sejuk, so ambe godek-godek peti ais, terjumpa buah kiwi...ape lagi, projek memuding pun berjalan....ppssstttt, cantik x mould bear tu?????....hehheheheheh.....

Olahan: Alkisahku

Bahan-bahan:

  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 5 gelas air
  • 1 cawan gula
  • 1 1/3 cawan santan
  • secubit garam
  • 4 biji kiwi - kisar halus
Cara-cara:



  1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula larut.
  2. masukkan secubit garam, kacau seketika dan masukkan santan.
  3. Biarkan seketika hingga mendidih. Tutupkan api dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan buah kiwi yang dikisar dan tuang dalam acuan yang disukai. 
  5. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati..
* Rasa masam-masam kiwi mengingatkan ambe pada air asam boi...sedap!!!

Puding ambe pucat kaler die sebab lupa nak letak pewarna hujau sikit... 

2 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm Mimiey... Lama nya tak nampak. Minta seekor teddy bear tu, nak bagi kat Liana...hehe

konde said...

duh sedapnya tuh pudding :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/