Powered By Blogger

Thursday, May 17, 2012

Kek Coklat Kukus Mama Shikin...

Assalamualaikum...lamanya rasa xmengupdate resepi-resepi yang dicuba..
Masak je tapi nak menghapdatenye, nak menulisnya agak kurang rajin skit...papepun layan je la ye kek kukus coklat yg sangggaattttttt senang ni!! Dahla senang, sedap lak tuh!!


Masak-masak kejap atas dapo, campo-campo pastu kukus...xsampai 30 minit pun termasuk persiapan bahan...xcaya????try buat tengok... ambe buat minggu lepas bawak g ofis, kejap je licin...xsangka lak dpt sambutan... siap ada yg tanya resepi dan dah buat dah pun...Alhamdulillah jadi... Credit pada Mamashikin atas resepi yg senang dan sedap nih!! Tengokla kegebuan kek ni..memang xmenyesal cuba..


Bhn-bhn yg perlu dimasak atas api- (masak sampai semua bahan sebati)

  • 1 cwn susu cair
  •  1cwn serbuk koko
  •  1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan gula 
  • sedikit serbuk penaik
  • 1 sudu esen vanilla,
  • 1 cwn minyak(tp yg ni masukkan last skali)

Bhn yg perlu dikisar@blender

  • 1 cwn tepung gandum 
  • 4 biji telur.

Cara-cara:

Campur sebati semua bahan yang dimasak dan bahan yang dikisar dan bolehla dikukus selama 45 minit @ sehingga masak.

Friday, April 6, 2012

Sayur Goreng Bertelur

 Salam jumaat...
Ni antara sayur goreng yang ambe suka..
Sebab letak telur...
Cincai je sume...
Meh la layan resepi..


Bahan-bahan:
  • Kubis
  • Carrot - dipotng halus
  • Brokoli
  • Tomato
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Serbuk perasa ayam
  • Sos tiram
  • 4 biji cili padi - dipotong halus

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau
  2. masukkan sos tiram, kacau seketika dan masukkan carrot
  3. Biarkan seketika, masukkan semua sayuran yang lain dan kacau sekata.
  4. Buat bulatan di tengah dan pecahkan telur
  5. Biarkan seminit dan kacau telur tersebut hingga bersalut dengan sayuran yang lain.
  6. masukkan serbuk perasa dan bila agak-agak dah masak, boleh la diangkat dan dihidangkan.


Tahniah Kak Nieza!!!!!