Powered By Blogger

Tuesday, November 25, 2014

Kek Buah Kukus Kak Sheila


Assalamualaikum...

Ya Allah, setahun lebih rupanya ambe tak update blog kesayangan ni! Tuntutan kerja dan pelbagai benda jadi kekangan nak mengupdate. Fuhhh....Fuhhhh...tiup habuk sikit. Ini bukan habuk lagi dah, dah naik semak samun dah blog ni..

Nak-nak sekarang ambe dah berpindah rumah duduk dengan sedara, lagila tak memasak. Balik keje sume dah siap masak, tinggal makan je.. lagila takde gambar makanan. Xpela, untuk sesi pembukaan semula blog ni, meh ambe kongsikan resepi kek buah yang ntah berapa puluh kali buat.. Bila balik kampung, kek ni WAJIB dibuat.  Resepi dari salah satu sifu masakan, Kak Sheila..

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Cara-cara
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).