Powered By Blogger

Friday, April 6, 2012

Sayur Goreng Bertelur

 Salam jumaat...
Ni antara sayur goreng yang ambe suka..
Sebab letak telur...
Cincai je sume...
Meh la layan resepi..


Bahan-bahan:
  • Kubis
  • Carrot - dipotng halus
  • Brokoli
  • Tomato
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Serbuk perasa ayam
  • Sos tiram
  • 4 biji cili padi - dipotong halus

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau
  2. masukkan sos tiram, kacau seketika dan masukkan carrot
  3. Biarkan seketika, masukkan semua sayuran yang lain dan kacau sekata.
  4. Buat bulatan di tengah dan pecahkan telur
  5. Biarkan seminit dan kacau telur tersebut hingga bersalut dengan sayuran yang lain.
  6. masukkan serbuk perasa dan bila agak-agak dah masak, boleh la diangkat dan dihidangkan.


Tahniah Kak Nieza!!!!!