Powered By Blogger

Wednesday, December 28, 2011

Fruit Tart

Lama  xmuncul…tiba-tiba muncul tayang fruit tart …. Hehhehehhe… ada yang tergoda????? Ke ada yang dah berdesup bukak peti ais intai kot-kot  ada pastry lebih, leh buat tart ni buat minum petang ye x.. 

Jangan tanya kejadiannya ye, dah agak lama ambe buat tart ni… first time buat sendiri, selalu beli je.. padahal xdela susah noo nak membuatnye, kurang rajin je sebabnye.. 

Cara lipatannya bolehla refer Abang CMG buat ye.. sebab inti kastard pn amek kat Abang CMG.. layan je la gambar ye..saje letak gambar banyak skit, suka lak nengoknye.. 

Bahan-bahan:

Kulit pastry 
Hirisan buah kiwi
Buah anggur dipotong dua

Inti kastard:
1 cawan susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 sb gula halus
1 sk esen vanila
1 sb mentega

Cara-cara inti kastard:
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. 
  2. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. 
  3. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. 
  4. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.
  5. . Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

























Untuk puff:
Lubangkan sedikit puff tadi, masukkan inti kastard dan susun buah-buahan di atas inti kastard tadi. Kemudian taburkan sedikit gula aising. Sedia untuk dinikmati!!

Saturday, December 17, 2011

Chocolate Filling

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah seminggu di kampong, semalam dh masuk keje balik.. cam biasela, masuk ofis banyak pulak keje yang menanti… nak-nak keje cam ambe ni, nak stat masuk bulan 1 mulala sibuk tahap xleh nak explain…hahhahah…boleh gitu???...


Masa kat kampong sempatla try beberapa resepi yang dh lamaaaaaaa masuk waiting list… dok sini, yang mampu hanya panjangkan waitying list…bila balik kampong ingat sempatla pendek kan list tu..alih-alih panjang jugak… xpela, sekurang2nye dah berkurang sikit..ye x???..

Dan ni salah satu yang ambe memang sgt nak try…ayat klise…dah berkurun sifu lain buat, ambe si amatur ni baru nak terhegeh-hegeh nak buat.. I tell u what!!! Sedap okeh… ambe siap makan ngan aiskrim lagi… sapu kat roti tu of course la..tapi sume benda ku sapu ngan choc filling ni.. ada beberapa resepi ambe letak gak skali filling kasi lagi terangkat rase coklat tu… tapi tu n3 kemudian la ye..

Oleh sebab ambe amek ni kat umah Kak Mas, so ambe link kan ke situ la ye.. sifu-sifu lain pun ramai yang try, tapi xdapatla ambe nak link kan sume nye… jom layan resepi same gambonye…


Bahan-bahan:
  • 250 ml susu sejat / susu cair
  • 180 ml air suam
  • 125 gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
  • 60 gram mentega
  • 60 gram serbuk koko
  • 40 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla



Cara-cara:
  1. Campurkan susu,koko, air suam, dan tepung jagung.Kacau sebati.
  2. Tapis ke dalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
  3. Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
  4. Kacau sampai pekat
  5. Campurkan mentega dan esen
  6. Kacau sebati dan tutup api..sejukkan

Wednesday, December 7, 2011

Kiwi Pudding

Alhamdulillah, maka berakhirla puasa pada hari ini...Sesiapa yang berpuasa sunat Hari Asyura hari ini, moga segala puasa kita diterima Allah sebaik-baiknya. Sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa, ambe godek-godek puding kiwi ni...sedap!!!!! Ehhhh...lupa, ambe kat kampung, menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki...so berpeluang berpuasa bersama keluarga....

 Bagi penggemar kiwi, anda disarankan mencuba puding ni...ni sebenarnya hasil derhaka ambe pada Dragon fruit pudding Kak Ummi... puas merayau mencari buah dragon fruit tapi still xjumpa, tapi tekak terasa nak makan benda sejuk, so ambe godek-godek peti ais, terjumpa buah kiwi...ape lagi, projek memuding pun berjalan....ppssstttt, cantik x mould bear tu?????....hehheheheheh.....

Olahan: Alkisahku

Bahan-bahan:

  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 5 gelas air
  • 1 cawan gula
  • 1 1/3 cawan santan
  • secubit garam
  • 4 biji kiwi - kisar halus
Cara-cara:



  1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula larut.
  2. masukkan secubit garam, kacau seketika dan masukkan santan.
  3. Biarkan seketika hingga mendidih. Tutupkan api dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan buah kiwi yang dikisar dan tuang dalam acuan yang disukai. 
  5. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati..
* Rasa masam-masam kiwi mengingatkan ambe pada air asam boi...sedap!!!

Puding ambe pucat kaler die sebab lupa nak letak pewarna hujau sikit... 

Friday, December 2, 2011

Bingka Roti Bakar Pandan

Assalamualaikum...

Macam biasa, sifu-sifu lain dah lama tersebar virus ni, dah lama tayang d blog masing-masing..ambe baru arini nak tayang. Tapi buat dah lama jugakla, raya haji hari tu… mula –mula buat separuh je adunan sebab takut xhabis, alih-alih xcukup dan time tu jugakla buat 1 adunan plak kot2 xcukup lagi…hehhehhe… puas la makan terutama adik ambe yang bongsu tu. 

Dia la yang merengek-rengek mintak buatkan sebab dah lama xmakan pudding roti katanya. Memang sedapla bagai di kata tapi ambe memandai g derhaka skit kat resepi ni. Bukannya banyak pun, sekadar taburkan choc chip kasi rase coklat skit, pastu kaedahnya ambe bakar…


Selain alasan malas nak keluarkan pengukus, ambe sebenarnya lagi suka yang bakar.. ambe bakar dalam 35 minit camtu, sebab nak kasi garing skit tepi-tepi die tu…sedap!!! Nak-nak makan time hi-tea d petang yang nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa…hehehheheh… resepi ni ambe save dari umah KakUmmi..

 Bahan-bahan:
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)