Wednesday, November 16, 2011

Rendang Ayam Gaharu

Assalamualaikum....


Tetiba si Hitam jadi supercow....hehhehehe

Gambar si hitam tu dah berapa lame dok tayang kat bawah nun tapi hasilnye xsekali pun ambe paparkan. Bukan  xnak tunjuk hasil daging korban kali ni tapi my mum just goreng je skit mase hari kedua raya, pastu apstu back to menu kegemaran sume orang dalam umah ni, ikan singgang ngan ulam… xpun makan  makanan lain selain nasik…

So, daging korban tu ade lagi tersimpan lam peti sejuk tu hah. Separuhnye ambe bawak balik sini, kasi makcik ambe proses jadi lauk…hehheheh…anak sedara die ni tukang makan je….llalalalalala


Nengokkan gambo rendang ni mesti sume ingat rendang daging kan…kan….kan…. tapi nengokkan tajuk pun sume dh tau bahan utama rendang ni.


Memula ingat nak merendang daging tapi bila piki balik, cam lagi best rendang ayam..hahhahah…ni pun ambe buat petang selasa lepas. Malam nak balik, petang tu baru kelam kabut nak buat…seb baik sempat siap!! Buat dalam kuantiti yang banyak sebab nak bawak g ofis, kasi jamu kawan2 kat ofis tu…tinggalkan skit kat umah n sempatla adik ambe bawak balik kolej die skit… 


Alhamdulillah, rasenye menepati piawaian ambe cuma lenkali kena tambah lagi banyak cili padi sebab cili padi kt umah tinggal 5 6  bijik je hari tu… tapi puas hati sebab yang bawak kt ofis , licin…senang ambe basuh bekas je…hehheheheh... Resepi ni ambe intai umah Abang CMG...rasenye ramai sifu-sifu masak yang dah buat rendang ni...ambe je cam biase ketinggalan....huhuhuhuhu

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
  • 500 ml santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi siam
BAHAN TUMIS :
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Thursday, November 10, 2011

Gambar sekitar Hari Mengorbankan Lembu...

Si Hitam yang bakal dikorbankan...



 Khusyuk mendengar penerangan...hahhaahha


 Sembelih sudah...




 Mengasah skill memotong daging...


 Kepala si hitam bermata biru..