Wednesday, October 19, 2011

Ayam Ros Pandan

Assalamualaikum...


Lamanya ambe tak bersiaran. Sejak raya hari tu sampaila sekarang, memang x berupdate pun blog ni. Nak masukkan gambar masak pun xde sangat, sebabnya balik hari tu banyak g rumah terbuka and my mum pun masak simple2 je… masakan istimewa pagi raya pun xsempat nak snap, balik masjid sume dah terkam meja makan…memang xdanla nak posing bagai… ayam ni pun masak on 2nd day raya sebab my mum ada kenduri menghantar menantu sedara abah ambe. Kami adik beradik xdela yang mengikut sebab jauh sangat jaraknye… so ambe masakla simple2  tuk lunch kami hari tu… 

Korang sabo jela dengan ambe ye kalau asyk tengok gambo makanan yang same je..nak buat camne, balik kampong je boleh tunjuk skill skit… tapi selalunye kalau balik kampong, mesti request macam2 kat my mum… yela, mane nak cari masakan mak kt sini…huhuhuhu. N3 yang g bertandang umah Kak Izah pun xsempat nak buat sebab kekangan kerja.. tapi sangatla hepy sebab leh juma Kak Izah, Kak Mas, Kak Anim and Kak Anna. Memula tu segan gakla, maklumla kita junior sangat dalam bab2 sudip ngan kuali ni, hamper nak batalkan niat nak ke sana. Tapi gagahkan diri jugakla sebab xnak lepas peluang jumpa sifu2 ni sume..hhehehhehehe

Panjang pulak citenye ye…hehehheh…balik pada resepi, ni ambe amek umah Kak Yatie.. sila jangan persoalkan kualiti gambo ni ye sebab  ambe xedit pun. Dah lama tersimpan dalam folder, kebetulan lapang skit..tu yang masukkan jugak walaupun x beredit bagai…tapi rasa memang mabeles!


Bahan-bahan:

  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan kisar halus:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..