Powered By Blogger

Tuesday, April 19, 2011

Roti Sosej Mini

Assalamualaikum.....lamanya x hapdet blog ni...ade yang merindu ke...menunggu-nunggu n3 terbaru ambe??????wahhhhhh....mood perasan di tahap yang tinggi amat!hehheheheh.....tapi bila imbas balik memang lama ambe x update teratak  usang ambe ni....baru ni sempatla kejap gantung mane yang patut, wish mane yang dan...malam ni kebetulan line tenet ade sikit laju...gambo dalam folder pun ade lagi yang terperap sebab tuan nya xmengN3kan lagi...so, pilih punya pilih...gambo kat bawah ni jadi pilihan.....

Jangan dipersoalkan ketidakcantikkan gambo itu  sebab ambe main snap je sebab sume dh xsabo nak mengap roti ni panas-panas...nak2 plak time tu angin sejuk melanda kampungku, memang syiok habisla noleh makan roti ni panas-panas....jangan verangan nak mintak ye,memang dah selamat masuk Indah Water pun...hehheheh....buat ni xlama lepas Kak Ros tayang rotinya....so, ambe pun copyla buat kecik-kecik jugak style Kak Ros...sedap i tell u!!! Sape rajin lehla try buat tok minum petang esok...ambe nak undur diri dah ni, insyaAllah jumpa lagi d n3 seterusnya yang xtaula bila nak munculnya......

Bahan-bahan: ( untuk doh roti)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 150ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemdian dipotong kecil

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Friday, April 15, 2011

Happy 1st Anniversary.....

Baru sempat nak gantung...huhuhuhu


Thursday, April 14, 2011

happy birthday Kak Nieza!!!!


Happy birthday kak Nieza!!!!

Monday, April 11, 2011

Award....

Update yang sangat cepat dan segera....

Got this award dari Kak Azlita Aziz....tq Kak Ita!!!!!


Ini lak dari Kak Izah.... maceh!!!




Cayang akak berdua....homework xdan nak buat.... sori sesangat....

Friday, April 1, 2011

Soda Jagung Bersirap