Monday, January 31, 2011

Muffin Labu Kukus

Perasaan sekarang ni???? Tengokla muka kartun kat bawah ni... kecewa...sedih.....nak tau nape?????





 Sebab ni...


 Cuba korang tengok mufin ambe nih??? nak senyum ke xnak mufin nih???? sedih tau...rase down gakla sebab mengharapkan mufin ni akan senyum merekah sebagaimana mufin Kak Izah.. tapi senyumnya ala-ala je...pe eh yang salah???tapi rase...memang sedap!!! dalam frust, down,kecewa,sedih... ade rase gumbira jugak sebab mufin ni sedap dan lembut,cuma macam mampat sikit..tapi tangan tetap laju je menyuap.. lenkali kena buat lagi supaya senyumannya merekah sebagaimana Kak Izah punya.. xpela, practice makes perfect... ayat sedapkan hati..agaknya api dapo ambe xckp kuat kot sebab api yg besar sekali dh rosak, 3 yag lagi tuh sedang2 je besarnya..sebab tu senyuman pun sedang2 je..

Yang ni xnak senyum langsung....masam je..

Ingredients:
  • 125gm steamed pumpkin flesh
  • 1 egg
  • 120gm sugar
  • 100gm evaporated milk or coconut milk *saya guna santan - ambe guna susu segar
  • 30gm corn oil

  • 180gm cake flour *saya guna tepung gandum - ambe pun
  • 20gm rice flour
  • 1.5tsp baking powder
Method:

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.

Sunday, January 30, 2011

Ayam Paprik Special Kak Love

Burrpp...alhamdulillah...buruk lantak betul..hehhehehe... baru pas lunch.. sedap woo wa cakap lu..nyesal lak lambat try resepi ni.. lagipun dah lama xmakan masak paprik ni, 2 yang tadi makan beria tadi..hheheheh... tengok tajuk pun dah tau ni resepi skodeng umah Kak Love..

Bahan-bahan :
  • 300gm ayam  ~ dipotong dadu
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1/2 inci halia ~ dicincang
  • 1 biji tomato ~ dipotong
  • 4 1 biji carrot ~ dihiris
  • 1 inci panjang 30gm bunga kubis ~ dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos cili
  • 1 sk sos ikan
  • garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
  6. Sedia dihidang bersama nasi putih panas2!

Bawal Masak 3 Rasa

Resepi masak 3 rasa yang ni bagi ambe agak berbeza sebab penggunaan rencah tomyam dalam penyediaan kuahnya tu... xtaula kalau orang lain masak memang letak perencah tomyam ni. Tapi ambe, even my mum pun kalau buat masak 3 rasa memang xpernah letak. Jadi masa makan tu, terasa la ketomyaman kuah tu... ambe suke!! familyku pun suka!!! kalau ade yang xpernah letak perencah tomyam tu, bolehla try resepi ni.. terasa terliur??? cepat2la ke dapo dan masak ikan ni..hehhehe...nak mintak memang xleh..bukan kedekut tapi ni laswik punya menu..so, memang confem2la dh habis..ni skodeng umah Kak Ita Aziz...kak Ita,mie cnp ye...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit. - ambe guna ikan bawal
Bahan A:

  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
  • 2inc halia - dimayang halus
  • 6 biji cili padi - dihiris nipis
  • garam
  • gula
  • 1/2 cawan air 
Bahan B:
  • 3 sdm sos cili Thai
  • 1 peket perencah Tom Yam
  • 2 sdm sos tiram
Bahan C:
  • Nenas dipotong kiub
  • Bunga jagung dihiris - xletak
  • 1 biji tomato - ambe tambah
  • setengah batang timun - ambe tambah
  • Cili bengala dipotong dadu

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
  3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
  4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
  5. Masukkan bahan B .Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra. 
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
  8. Setelah mendidih masukkan bahan C. Kacau rata. Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi. Taburkan daun ketumbar dan karot yg dimayang halus sebagai hiasan. 

TAHNIAH....


Tahniah buat Kak Yatie dan Sinar Kehidupanku kerana telah berjaya mencecah follower yang ke 1000... Moga Kak yatie dan Sinar Kehidupanku terus success!!!!

Friday, January 28, 2011

Bingka Keledek

Buat sambil masak lunch tadi, so bolehla makan tuk petang ni...sedap dan berlemak....tapi lenkali kalau buat lagi,ambe nak lebihkan lagi masa pembakaran, bagi kerak tu lebih skit...hehehe...ni ambe amek umah Kak Suzi...layannn...

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 3 cwn santan
  • 2 cwn tepung gandum - ambe letak 2 1/2 cawan
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keledek (rebus dan lecek)

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Hasselback Potato

Nengok dalam  gambo cam besar gedabak je potato ni, padahal rupa paras sebenar...alahai...cinonetnya.. kulit pun dah berkedut..hhehehehe... Sebenarnya kulit potato ni seharusnya halus mulus macam kulitku. Masa g Tesco hari tu,ingat nak rembat giant potato 2 3 bijik tapi bila tengok...mak aihhhh...giantnye mengalahkan giant dalam cite Doraemon. So, xjadila nak amek... amek yang size medium je.. bawak balik umah letak tepi tingkat pinggan,memang elok je terselit kat situ. Siap berbungkus dengan beg plastik sebab ingatkan nanti nak simpan. Tup tup masa adik ambe dok kumpul sampah sarap nak dibuang, terambiknya sekali potatoku...waaaaaaaaa......potatoku!!!!!! 
Oleh sebab nak buat sangat menda nih,terpaksala guna potato yang dah kecut mecut nih...xpelah,janji leh makan lagi. Resepi dah lama skodeng umah Kak Deliah, lawa je nengoknye...Kak Suzi pun ade buat benda ni and nampak Kak hazila pun ada buat..panjangkan kat sini ye 

Bahan-bahan:
  • 6 medium size potatoes
  • 2-3 cloves garlic - pound
  • 3 tbsb butter
  • a pinch of salt
  • freshly ground black pepper

Cara-cara:

  1. Wash potatoes thoroughly. Trim one side of potato to a leveled surface (flat) for ease of cutting later.
  2. On a chopping board, with the trimmed flat side down, start from middle of the potato, cut almost all the way through, but being careful not to actually cut through. Well, the two forks in the picture, I've used those as stop-gap/leverage to maintain the consistencies and pattern of the slices.
  3. Arrange the processed potatoes in a greased baking tray and insert the pounded garlic in between the slits. Brush some butter on top of each potato, then sprinkle some salt and some freshly ground black pepper.
  4. Bake potatoes at 200C for about 40-50 minutes until the potatoes turn crispy and the inside is soft.
  5. You may serve this with sprinkles of cheese or sour cream.

Thursday, January 27, 2011

Sandwich Goreng Alkisahku..

Ade yang belum makan pagi???? Mehla makan dengan ambe...sandwich goreng dan air kosong...sandwich goreng ni kalau kat kedai2 yg jual kuih pagi2 memang banyak tapi kalau dah niat nk beli dari umah, selalu je xde @ habis..senang cite buat sendirik.. boleh ikut suka nak letak inti banyak mana..selalu kalau beli inti ciput je..cam xpuas makan. Sandwich goreng ni selalunya letak inti sardin..kalau inti lain xtaula camne rasanya..sebab xpenah try lagi..xpela,mehla layan sandwich goreng Alkisahku style..

Bahan-bahan:
  • Roti secukupnya
  • 1 tin ikan sardin - amek ikan je,kuahnya xnak. Hancurkan*
  • 1 labu bawang besar - potong dadu kecil*
  • 4 sb air limau nipis - naklebih masam boleh tambah*
  • 2 biji cili padi - potong halus*
  • secubit garam*
  • 1 sb serbuk lada hitam*
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
Saduran goreng:
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 4 sb tepung beras
  • 1 sk serbuk kunyit
  • secubit garam
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  1. Bahan bertanda * gaul sebati dan masak di atas api sekejap selama 2 - 3 minit. Ketepikan.
  2. Campur semua bahan saduran biar menjadi adunan yang sederhana pekat. Jangan terlampau cair, nanti saduran xmelekat pada roti.
  3. Ambil sekeping roti dan letakkan inti sardin tadi ke atasnya. Letakkan hirisan timun dan tomato di atas inti sardin tadi. Tutup dengan sekeping roti yang lain. Picitkan tepi roti supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng.
  4. Celupkan roti tadi ke dalam bahan saduran hingga menyeliputi seluruh roti dan goreng di dalam minyak yang panas hingga masak.
  5. Sebelum makan, potong bentuk segitiga. Kalau suka, boleh juga digoreng bentuk segi tiga seperti gambar di atas. Selamat mencuba....



Bun Inti Kacang Merah

 Terasa sungguh amaturnya diri ini bila melihat bentuk dan kejadian rotiku ini... kalau nak dihitung, rasenya ni percubaan yang ke...3??? 4??? 5????...ambe cuba meroti. Walaupun hasil dan bentuknya kurang membanggakan, tapi bolehla diterima...maklumla budak baru belajar, amek galah jolokla sendirik,pemalas..tolong tunjukkan..ye x..kalau dilihat pada gambo memang nampak agak menggeseng kejadiannya tapi..memang geseng pun.. ingat nak bagi garing skit je,last2 terlebih sudah...hhehehehhe....sajela masukkan gambo nih,kenangan d masa depan... nanti dh up skit bentuknye, bolehla ku tengok balik bentuk rotiku yang hazab ini..

Ini sebenarnya dough asas roti manis dari umah Kak Ros.. tapi sebab ambe nak makan roti yang ada inti kacang merah, maka ambe kurangkan gula dlm sukatan dan letak inti kacang merah....sedap tau...nk2 makan masa panas2...layannn...eh jap,kak izah...mie dh tayang roti ni,mehla bekpas sama,hehehehhe...... 

Bahan-bahan:


  • 300gram tepung roti
  • 50gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam - ambe kurangkan
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu



*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya ( Doh Roti):

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

Tuesday, January 25, 2011

Fresh Orange Juice with Ice Cream Vanilla Float

Fresh orange juice with...huhhh...panjang bebenor nama air ni..kena berhenti teguk air jap.. ngullppp...ok dah, sambung balik... ice cream vanilla float...hah,tu dia!!! panjang giler nama air nih..tapi minum sedap wooo...nak2 cuaca panas camni. Dengan rasa buah oren, aiskrim vanila, sirap ros..memang nyaman... ni skodeng umah Kak Ita Aziz..hasil air tangan adikku ye..bukan ambe..ambe bab2 air nih suke minum yg orang buat je, sendirik buat mau ku pk berpuloh2 kali...hehehhehehe......layannnn..alamak,eskrim dh nak cair..cepat2 minum..nak???

Untuk satu gelas:
  • 2 biji orange - ambil jusnyer dan sedikit seratnyer
  • 1 sudu teh orange sunquick - jika orange tidak masam klu dah masam tak payah add
  • 1 scop ice cream vanila - klu rasa nak tambahkan berat badan boleh tambah 2...3.. scop lagi...
  • 1 sudu makan strawberry syrup - atau sirap ros pun boleh

Cara-cara:

Perah orange untuk mendapatkan jusnyer. masukkan ke dlm bersama dgn sedikit serat orange. tambahkan 1 sudu kecil orange sunquick dan kacau rata. Scopkan  vanilla ice cream kedlm orange jus tadi. Akhirsekali tuangkan strawberry syrup diatas ice cream vanila dan hiaskan dgn hirisan orange dibibir gelas.

Ayam Manchurian

Ini sebenarnye lauk yang digandingkan dengan nasi mandhi di n3 sebelum ni... ingat nak masukkan lepas n3 nasi tuh tapi ade lak yang potong queue..hehehehehe...ni tertarik lepas tengok Kak Faradean tayang menu ayamnye 2 3 hari lepas... sekilas tengok cam ayam masak merah pun ada sebab berkuah sedangkan yang sebenar xdela berkuah sgt.. tapi sebab malas nak buat kuah lain, ambe letak air lebih skit...xpela, kita yg buat die kan... Kak Izah pun dah cuba ayam ni..sedap gak gabungan nasi mandhi ngan ayam ni...

Resepi asal: kak Love

(A) 
  • 700gm boneless & skinless chicken breasts ( sliced free form)
  • 1 egg ~ beaten
  • 2 tbsp cornstarch
  • 2 tbsp all purpose flour
  • salt to taste
  • 1/4 tsp coarse blackpepper
  • little water 

(B) for the sauce
  • 4 garlic cloves ~ finely chopped
  • 1 inch ginger ~ finely chopped
  • 1 large onion ~ sliced
  • 1 cup chicken broth
  • 2 tbsp sweet soy sauce - I added another 2 tbsp
  • 2 tbsp soy sauce
  • 2 tbsp tomato puree (may sub with tomato ketchup) - I used tomato ketchup
  • 2 tbsp chilli ketchup - I added another 2 tbsp
  • 1.5 tbsp cornstarch
  • 1.5 tbsp water
  • chopped spring onions/ corriander leaves ~ for garnishing
  • cooking oil


Method :~ 
  • In a bowl, mix ingredients (A) and leave it to marinate for 15 minutes. Deep fry the chicken pieces in oil until golden brown. Drain on paper towel. 
  • Heat up some oil, stir fry garlic, ginger and onion. Add chicken broth, sweet soy sauce, soy sauce, tomato puree and chilli sauce. Cook until sauce boils.
  • Mix cornstarch with water and add into the sauce. Let it thicken. 
  • Put in the fried chicken pieces. Mix evenly. Garnish with some chopped spring onions or corriander leaves. Ready to serve. 

Monday, January 24, 2011

Apam Pisang

sebelum dimandi wapkan...

Hasil godek2 petang tadi. Memula ingat nak buat pagi sebab xsibuk sangat..camla sebok bebenor..pastu tangguhkan ke tengah hari tapi still, projek xjalan gak..last2 pas asar tadi bulatkan tekad,kuatkan azam g dapo buat gak apam nih sebab pisang dlm peti tu dah nazak sangat dah.. kalau xdioperatekan pisang tu,maunye jadi habuan cik tong pagi esok..so, inilah hasilnya..sangat enak dimakan waktu panas2..tapi dah sejuk pun still sedap lagi. Kali ni buat 2 adunan dari resepi yang berbeza..

Yang ni amek dari umah Kak Izah yang katenye diambil dari umah AlongRoz... apam pisang sihat...memang sihat sebab xguna minyak pun...

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb soda bikarbonat
  • 1 sb baking powder
  • 6 biji pisang - dilenyek
  • secubit garam


Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat. 
  2. Masukkan campuran tepung dan gaulkan hingga sebati dan pekat.
  3. Masukkan pisang dan garam dan gaul sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam tin dan kukus selama 45 minit..

Tangan sape tuh mengacau...

2nd resepi dari umah Kak Ros..Kak Yat pun dah try buat jugak... Kak Ros cakap diambil dari umah Abang Mat sementara abang Mat amek dari umah Maklang...pun sangat sedap

Bahan-Bahan ( resepi asal dari Diana):
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair) 
  • 1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

Garlic Bread & Sosej Kacang Panggang

Orang lain dah nak tayang lauk lunch dah,ambe baru nak tayang menu breakfast..nak buat camne, orang umah ni jenis lambat sikit bf.. itu yang lambat sikit nak upload gambo..hehhhehhe...lambat ke cepat ke, yang penting dah kenyang...burrppp...alhamdulillah...buruk lantak tul.. Ni dah aim lama kat umah Kak Madihaa,dh lama bookmark tapi asyik tertangguh je...ni dah buat memang puas hati, sebab sedap dan mengenyangkan... slh satu cara nak makan baked beans selain makan camtu je..Kak Ummi pun pernah buat.. korang layannnnn ye....

Sumber:  Buku Senangnya Memasak Makanan Barat Bersama Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
  •    1 tin kacang panggang 
  •    10 batang sosej dipotong pendek 
  •    1 sudu makan minyak - ambe ganti 1 sb butter
  •    1 sk serbuk lada hitam
  •    1/2 cawan sos tomato - ambe ganti 5 sb sos cili
  •    1 tin cendawan butang - dihiris nipis - xletak
  •    1 biji capsicum merah - ambe ganti dgn sebiji tomato
  •    1 biji capsicum hijau -> ) dipotong dadu
  •    1 labu bawang besar 
  •    Garam secukup rasa
Cara-cara:

   1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga wangi.
   2. Masukkan sosej dan gorengkan hingga garing.
   3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
   4. Kemudian masukkan kacang panggang, semua capsicum dan gaul rata.
   5. Hidangkan bersama roti bakar atau garlic bread.

Sunday, January 23, 2011

Nasi Mandhi

Memalam buta camni, ade sesape x yang nak bermandikan nasi nih???? hehehheh...ambe sebenarnye xpernah dengar nama nasi ni zaman kecik2 dulu, bila dah masuk U baru la pandai nak kenal nasi macam2...nasi mandhi la,nasi arabla, nasi papela yang selain nasi putih,nasi lemak dan nasi kerabu.. kenal nasi ni sebab ada kawan yang mix arab selalu dok sebut nama nasik ni.. pelik gak dengar. Memula memang imagine agaknye sebab nasi ni dihidangkan dengan cara memandikan nasi ni dengan kuah yang banyak... tapi bila dah kenal, memang jauhla dari gambaran..

Nasi ni memang sedap,lembut je walaupun dah sejuk.. wangi je bila masak... amek umah Kak Zai tadi lepas puas selerakkan dapo nye,hhhehhehe....jangan marah ah Kak Zai..Kak zai kate amek umah Mamasya dan resepi asal dari Resepi Raidah... 

Bahan-bahan:
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1 helai daun pandan -ambe tambah
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:


1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. - ambe ikut cara Kak Zai

Breakfast..

Ni menu breakfast pagi tadi.. sambil2 my mum buat banyak tok jamu geng2 mengaji ya...  mihun goreng my mum style..


Kek alunan Kasih..Ingat nak buat carrot poundcake, tapi last minute my mum teringat kek ni..so, inilah hasilnya...pernah buat kek ni kat sini...

Saturday, January 22, 2011

Puding Roti Pisang

Ini buat semalam....makan sekali ngan pizza kat bawah sinun. Resepi ambe dapat dari paper Harian Metro 2 3 hari lepas. Tu pun my dad yang suggest suruh buat sebab dia kate nampak cam best je kalau dapat makan puding roti yang dihiasi dengan pisang dan ditaburi dengan kekacang dan kismis... kebetulan semalam my dad beli pisang, so ambe buatkanla as requested. Ni resepi dari Chef Ismail yang glamer tu..tapi dah ku edit sikit bahan2nye...

Baru pas kuar oven....

Bahan-bahan:
  • 12 keping roti putih
  • 450 ml susu segar
  • 7 sb gula perang
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 4 biji pisang - potong menyerong
  • sedikit butter - simpan dalam peti dulu,jangan keluarkan lagi
  • 1/2 cawan kekacang
  • 1/2 cawan kismis dan kurma - potong ikut suka


Cara-cara:
  1. Di dalam mangkuk,satukan susu segar, telur, gula perang dan serbuk kayu manis dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Potong kulit tepi roti yang digunakan dan potong menyerong roti membentuk segi tiga.
  3. Susun roti yang dipotong tadi ke dalam dulang pembakar yang telapu dilenser dengan sedikit marjerin.
  4. Letakkan kulit roti yang dipotong di tengah lapisan roti yang disusun tadi. 
  5. Adunan yang telah dikacau tadi dituang ke atas susunan roti dan dibiarkan selama 20-25 minit. Tabur kekacang, kismis dan hirisan kurma ke atas lapisan roti dan susun pisang mengikut kreativiti masing-masing.
  6. ambil butter yang disejukkan tadi dan parut ke atas roti secara serata.
  7. Bakar adunan pada suhu 160'c selama 25 minit @ hingga masak. Siap untuk dihidangkan.

Friday, January 21, 2011

Dinner...

 Dinner kami malam ni...my makcik yang yang dok kt depan umah bagi...Alhamdulillah rezeki... pizza yang baru rasenye...sedap gak...

Jemput makan....Bismillahirrahmanirrahim....ngap!!!

Thursday, January 20, 2011

Carrot Pound Cake

Geram x nengok coklat tuh dok meleleh turun bagai hujan gerimis tuh????? Usahkan korang, ambe yang tengah menulis ni pun masih terasa-rasa kesedapan kek carrot ni digandingkan dengan sos coklat tu...memang sedap kek nih!!!! sangat2 menarik minat...sume penghuni umah ni cakap sedap sebab gebuss, moist,lembap....pe lagi???? ahhhh...sumela ade kat kek ni..xpayah buat frosting cheese pun xpe dah...my mum dah request suh buat lagi ahad ni sebab die nak jamu kawan2 tempat mengaji Quran makan...bagi dorang rase air tangan kaki anak die yang sedap xseberapa ni..nak buat pun senang baitu. Ni kes terskodeng umah makcik Hana la ni, katanya di ambil dari dapo Abg Mat Gebu...layannnnnnn

Bahan-bahan:
  • 125 g mentega
  • 2/4 cawan gula halus - ambe letak 1/4 cawan
  • 1/4 cawan gula perang (brown sugar) - ambe letak 1/2 cawan
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair) - ambe guna susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan parutan lobak merah - ambe letak 1 cawan
  • 1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) - x ltk ganti kismis
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.


Kerabu Tomato DTS..

Kerabu tomato yang agak pucat warnanye sebab xde daun hijau yang boleh dimasukkan sekali.. ingat nak letak daun kesum sebab Abang mat letak, tapi oleh kerana daun kesum hidup segan mati xnak baru nak hidup balik, so ku batalkan niat murni iteww..Dalam proses nak menyah lemak menjaga kesihatan, kerabu tomato ni memangla sangat sesuai di samping menjaga kemulusan kulitku..hehehheh...hasil skodeng umah Abang mat, telah ku panjangkan di sini pada sesiapa yang nak menerai..

Bahan-bahan:
  • 3 biji tomato - ambe guna 6 biji
  • 100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 3 biji limau kasturi, ambik jusnya
  • 1 camca besar gula
  • 50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar - ambe guna 2 btg serai
  • 1/4 biji nenas - ambe tambah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
  • 5 biji cili padi hijau*(*dihiris)

Cara-cara:
  1. Tomato dihiris kasar, ikan bilis dicuci, toskan dan goreng garing, angkat dan toskan. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris, daun pudina (daun kesom) gula dan jus limau kasturi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan bersama nasi putih sebagai pembuka selera.

Wednesday, January 19, 2011

Ayam Goreng Kuzie Katering

 Ade sesape terguda tengok ayamku yang versalut segala macam bahan ini????hahhaha...amekla sorang seketul buat dinner malam ni... tapi ni bukanla dinner kitorang,ni lunch tadi punya lauk...xsabar punya pasal sebab dah terbau harum daun kari sume, goreng pun xgaring sangat... tapi maintain sodap!! dah ramai sifu masak yang dah try buat ayam goreng dari kuzie katering dan memang dijamin sedap..siap mintak buat siaran ulangan lagi..Kak Ayu, Kak Izah, Chik Mimi, Kak Hana, Kak Inahar dan Kak Mas... rasenya ramai lagi yang dah try tapi xdapat dikesan,xpelah.... ayam goreng ni dikawankan dengan sup sayur dan sambal je..2 pun makan xtoleh kiri kanan...toleh depan je sebab tengok tv,hehhehehe...



Bahan-bahan :
  • *4 labu bawang merah
  • *6 batang serai
  • *2 tongkol lengkuas (bahan * blend dgn sedikit shj air)
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit babas
  • 5 sudu cili kering kisar 
  • 5 helai daun kari
  • 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 ekor ayam dipotong 16
Cara-cara :
  • Perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  • Panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila serdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...
  • Bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.