Thursday, December 30, 2010

Puding Cocktail Sos Kastard

Ada yang terliur????hehehhe....ni petang semalam punya projek..dah lama memendam rasa sejak tengok Kak ros buat minggu lepas. Ambe dahla memang penggemar koktel.. Kalau buat air koktel tu, memang ku dok ulang alik 2 3 kali la bukak peti sebab nak cedok buah2 koktel yang ada dalam air tu... bukan ambe jela, sume orang umah ni la camtu...tapi betul kata Kak Ros, makan banyak pun xsedar2 diri lagi..alih2 tengok dah tinggal setengah loyang.. separuh makan petang, separuh makan masa layan bola semalam..
Walaupun semalam hujan xberhenti, tulang temulang dah menggigil-gigil..tetap gak menelan puding ni dengan jayanya.. nak2 masa makan tuh tergigit buah-buah kat dalam tu...rasanya...perrrgghhh...nak tau,kena la try...



Bahan-bahanya:

4gram serbuk agar-agar
1 tin kecil cocktail fruits
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml air+syrup dalam tin coctail fruits
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula



Cara-caranya:


1. Potong buah campuran kecil kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan  di dalam periuk bersama susu segar, air+syrup dalam tin cocktail fruits, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.
2. Masukkan pula buah cocktail, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih puteri ayu dan acuan remekin bentuk love.
3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding cocktail tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Pak Choy masak Sos Tiram

Sayur untuk hari ini ye... Makanla sayur-sayuran hijau utk memuluskan kulit muka dan tubuh anda ye,ahakss... My mum beli pak choy @ lobak jepun ni dah 2 3 hari tapi xterbaut-buat lagi. so, hari ni buat la. ambe amek umah Berrystrawberry MyR.. mintak iji ye cnp tapi ambe dah ubah sikit....


Bahan-bahan:


 3 ikat pak choy - potong pangkal dan rebus sekejap dgn air dan 2 sk minyak
3 biji bawang merah - hiris 
4 ulas bawang putih - cincang kasar
5 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
1 inci halia - hiris 
Sedikit gula
secubit garam
1/2 cawan air


Cara-cara:


Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan sos lada hitam dan sos tiram.Kacau sekejap dan masukkan air.
Perasakan dengan garam dan gula. Setelah masak, curahkan di atas pak choy yang telah disusun secara memanjang. Siap...

Nasi Ayam Butter

Ni la nasi yang digandingkan dengan ayam panggang ala kenny rogers semalam. Hias pun camtu jeh, sup pun lupa nak snap. Hiasan pun ala kadar je.. Ni amek umah Kak Hana ye..Makcekkkk, i pamer resepi tau... Ingat nak masukkan semalam tapi dari kul 8 lagi dah tercongok depan tv nak tengok Malaysia lawan Indonesia.. Alhamdulillah Malaysia menang. Tahniah Malaysia!!!!


Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP 
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

Wednesday, December 29, 2010

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Xdapat g kedai pakcik Kenny Rogers, boleh makan ayam pakcik tu pun jadilaah... tapi xdela sampai sekor ambe bantai buat ni, sebelah badan ayam je.. dah lama tengok Kak Hana buat ayam ni, setahun yang lalu...pastu diikuti oleh sifu2 masak yang lain.. tapi ambe xpanggang dalam oven la, letak atas pan atas dapo je.. tapi memang sedap ayam ni, terutama tang bahan perapannya tuh.. Ambe bakar sekali dengan potato dan carrot,perap sekali dengan ayam. Memang terasa la..sangat sedap. Ayam ni buat lunch hari ni, tapi bukan western style.. Makan dengan nasi. Nasi apa... karang punya n3..
Resepi asalnya dari Che Mid dan boleh didapati d myresepi..


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Coffee Latte

Ni air hasil tangan adikku..Hasil kekretipan dia maka terhasillah corak yang..... xtau nak kata corak bentuk apa. Tapi adala corak dari xde langsung kan... Ni sebelum ditabur dengan serbuk cinnamon.. Hasil skodeng umah Kak Hana.... Sedap minum time ujan2 camni...


Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan coffee pekat panas yg siap dbancuh bersama gula
  • 1/2 cawan susu segar suam@panas - jika ingin lbh creamy buh creamer
  • Flavour cinnamon@halia@nutmeg@vanila powder or etc - ikut suka
Cara-cara:
  • Sediakan cawan. Masukkan coffee pekat yang telah dibancuh dengan gula. Jika tidak suka coffee leh tukar teh.
  • Blend susu segar hingga berbuih n smooth.
  • Tuang perlahan2 ke dalam cawan coffee dari bahagian tengah cawan sehingga penuh.
  • Corakkan ikut kretiviti masing2 menggunakan pencungkil gigi.
  • Jika suka boleh letak flavour yg anda gemari.
  • Siap utk diminum.

Tuesday, December 28, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang Kak Rinnchan

Bila pikir-pikir balik, senang gak kan letak nama pemilik resepi yang kita amek supaya nanti senang nak rujuk. Contohnya cam kuah kacang ni,asalnya dari bonda Kak Rinnchan... So,lenkali kalau nak buat kuah kacang style Kak Rinn,senang type je..dah kuar. Kuah kacang ni ambe buat tengah hari tadi sebab lauk lunch my mum yang masak. ikan singgang,mana boleh lawan my mum punya..ambe buat xpernah jadi cam my mum walaupun dah ikut 100% ori... So,lauk yang tu memang ambe surrender...Okla tu,my mum buat lauk ambe buat ni.. Tapi dah ku derhakakan resepi ni sesuka hati di bawah seliaan chef besar..Derhaka mantap punya,habihla kena hambat dengan kak Rinn..hehhehe... resepi asal boleh refer Kak Rinnchan punya ye...


Olahan: Alkisahku....


Bahan-bahannya:


400 gm kacang tanah-goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar separuh halus dan separuh kasar


Bahan kisar:
9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering,direndam
segenggam udang kering -rendam dulu 10 minit
3 batang serai
Sedikit belacan - optional


3oo gm daging - dipotong kecil2
1 1/2 keping nisan/gula melaka
2 batang serai - diketuk
3 sb gula
3/4 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
3 cawan air @ ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
Garam


Cara-cara:

  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik minyak dan hampir masak. Masukkan daging dan kacau sebati,biarkan selama 5-6 minit.
  2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/nisan, serai yang telah diketuk, serbuk jintan manis dan jintan putih. Biarkan seketika hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan santan,kacang yang telah dikisar dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Kecilkan api dan biarkan kuah kacang mendidih selama 30 minit.
  5. Siap dan boleh dihidangkan dengan nasi impit @ dicicah dengan roti. sedap!!

Breakfast..

Burger anyone???? Sedap,lazat,berkhasiat.......dan berkolesterol,hehehhhe....

Salad Gulung

Tengah2 dok masak burger yang direquest adik ambe semalam, tetiba teringat sald gulung Kak Izah ni. Sosej pn daha ada, pe lagi sambil2 buat burger tuh, ambe buat sekali la salad nih... Senang dan cepat..Xsampai 10 minit dah boleh makan. Sedap pulak tuh... lenkali nak kena buat lagi ni,dah ada permintaan tu...korang llayan je la ekkk, ambe nak g tengok pe yang boleh buat tok breakfast arini... Kak Izah, dah kubuat salad yang pandai menggulungkan dirinya neh....ngeh3...


Bahan-bahan:


Untuk kulit dadar:
2 biji telur-dikocok
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air



Bancuh tepung dengan air. Masukkan ke dalam telur yang dikocok dan gaul sebati. Goreng nipis hingga masak. Fungsi tepung jagung: telur dadar tidak akan koyak bila digulung.

Bahan salad:
daun salad
sosej di bakar
timun jepun - ganti sengkuang
carrot
sos thousand island
tomato
2 keping cheese slices - ambe tambah

Semuanya dibersihkan dan dipotong memanjang. Letakkan ditengah2 dadar tadi dan gulungkan. Potong dan hidangkan.

Monday, December 27, 2010

Ayam Masak Santan Berlada

Ingat tadi nak buat nasi ayam tapi adik bongsu ambe perutnya buat hal sikit, so my mum xbagi dia makan sup.  Kalau buat jugak xkan dia nak tengok je kitorang makan kan??? Kesian gak.. So, ambe g ronggeng- ronggeng umah Kak Mas sambil g makan apam tepung beras. Lepas kenyag dah telan apam tu, g godek2 almari Kak Mas cari idea nak masak ayam ape arini.. Terpandang mataku pada satu masakan ayam ni, ayam masak santan berlada. Hmmm...boleh try nih...Jom masuk dapo...



Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 250 ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 cawan santan cair - ambe tambah
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 10 biji cili kering - nak pedas boleh letak lebih
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan santan dan daun kunyit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6.  Masak hingga kuah kelihatan agak pekat.
  7. Sedia dihidangkan

Sunday, December 26, 2010

Mee Hailam

Mee hailam ni buat tok makan petang tadi. Petang xpetang sangatla,dalam kul 4.00 lebih camtu. Kitorang pagi dah breakfast dengan nasi siap dengan lauk pauk bagai, so malas nak makan nasi tengah hari tadi. My mum cadangkan buat mee hailam sebab mee ada lagi sebungkus lebihan buat mee sup 2 hari lepas. Sempat tinjau umah Kak Hanieliza sebab Kak hanieliza xguna cili kisar..>>stok cili kisar habis. tapi ambe olah sikit resepinya...yang asal boleh tengok Kak Hanieliza punya ye..


Olahan: mimiey..


Bahan-Bahan:

Sepeket mee kuning - goreng sekejap dengan 3 sb kicap pekat
isi ayam [hiris nipis]
Beberapa ekor udang
Sawi hijau - ikut suka banyak mana
Kobis

1/3 batang lobak merah
1 biji cili merah [mayang]
3 sb lada hitam
3 sb kicap pekat

5 sb kicap manis
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air

sedikit serbuk lada sulah
5 ulas bawang putih - cincang kasar

2 sk tepung jagung - larutkan dengan 1/4 cawan air
Sebiji tomato -belah 6
Garam

Cara-cara:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan lobak merah dan biarkan sekejap.

5. Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan serbuk lada sulah. Biarkan mendidih.
6. Masukkan semua sayuran dan tambah sedikit air ikut kauntiti kuah yang dikehendaki. Masukkan tepung jagung,kacau sebentar dan tutupkan api.
&. Ambil sedikit mee yang digoreng tadi dan letakkan di dalam pinggan, curahkan kuah hailam ke atas mee dan siap utk dihidangkan..

500 BLOG!!!


Syarat-syaratnya:



  1. Letak banner Ben Ashaari kat n3 ni...
Dah buat...

2. TAJUK:  500 BLOG ! dan linkkan ke entri ini 

Sila link ke sini ye...

3. Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger

Seorang budak yang baru nak belajar memasak secara serius dan cuba menuntut ilmu memasak sebanyak mungkin... tujuan jadi blogger??? nak mengutip ilmu memasak sebanyak mungkin...sekian..

4. tolong paste url anda sekali saja untuk mengelakkan gandaan di senarai ..

dah buat..

Apam Tepung Beras

Hajat d hati nak buat layer by layer tanpa perlu kukus satu-satu tapi bila dah masak, inilah hasilnya. Sume kaler bercampur.. Dah macam ape dah tapi makan tetap sedap. Habis dalam sekali hadap je. sempat jugak edar sikit umah sepupu kat depan tuh..Memang puas hati makan walau kena tunggu lama before kukus tu.. Warna putih nampak sikit je tapi jadila dari xnampak langsung kan. Buat tok makan petang semalam...


Kat bawah ni ambe close-up kan lobang2 dia. Dah macam lobang kek gula hangus dah ku tengok...hehehehehe... Ni amek umah Chik Mimi ye. Semalam Kak Izah pun dah tayang..


sumber asal: Kak watie
Yg dah Try: Kak HaSue, Kak Love, Kak Ros

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Cara-cara:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Saturday, December 25, 2010

Cheesy Chickenroni



Ada sesiapa yang teringin????? makaroni bakar yang masih panas-panas, dipotong dan dikeluarkan dari bekas, dicurahkan sedikit cili sos dan mayonis..dan disupa ke mulut....nyum...nyummm...amacam???? Dah ada yang meleleh air l**r??? dah ada yang terbayang2 keenakkannya??? cepat-cepat g dapo, godek menda ni utk minum petang nanti..sempat lagi ni...hehehhehe....mesti ada yang rase nak lepuk je kepalaku sebab mengada-ngada g tayang makaroni bakar ni time cenggini kan....hahahahah....


Ni n3 xtertunggak la, so memang confem xleh mintak.. Ambe sendiri pun leh bayang je rasa dia, nak buat....xbleh!!!xbleh!!!! ada projek lain sedang menantiku...A;kisahnya nak habiskan stok makaroni yang dok tergolek dalam almari dah berkurun, bukannya banyak mana pun..xsampai 200 gm pun..so, ambe cari resepi paling senang sebab kalau cari yang susah confem vitamin M pun toink..toink...muncul...cari punya cari, godek punya godek..jumpa dalam dapo Kak wan yang popular dengan pelbagai resepi yang itew...pe lagi,jalankan misi selamatkan perot orang2 yang kelaparan sementara nak 
lunch walaupun pagi tu dah baham segala macam roti dan air,wakakkakak....


Bahan-bahan:

250gm macaroni di rebus dan toskan
Lobak merah di parut kasar
100gm daging ayam di hiris nipis
1 Tbsp minyak zaitun
2 ulas bawang putih - di cincang
1 ulas bawang merah - di mayang

Setangkai daun bawang dan daun sup di cincang
150gm parutan keju cheddar - ambe guna keju slices je

Bahan B:


4 biji telur
1/2 tin susu sejat
Garam dan lada sulah secukupnya
(Kesemua bahan di satukan dan kacau dengan garpu) 

Cara-cara:


1.  Panaskan kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga perang, masukkan daging ayam dan parutan lobak merah.  Setelah masak ketepikan.
2.  Ambil mangkuk tahan panas, leserkan dengan minyak zaitun.  Masukkan separuh makaroni dan tekan padat ke dasar mangkuk.  Tabur di atasnya dengan daging ayam yang di masak tadi di ikuti daun bawang cincang.  Kemudian masukkan pula lebihan makaroni ke atasnya, tekan sedikit biar padat.
3.  Tuang bahan B dan tabur dengan parutan keju.
4.  Bakar selama 20-30 minit.  Boleh di hidang plain atau dengan sos cili.

Thursday, December 23, 2010

Congo Bars

Memang betul cakap2 sifu masak yang dah try menda bars nih,memang xleh berhenti mengunyah... lepas satu, satu masuk mulut... Sedap sunggu,dgn chewynye, lemak2 kacangnya... manis kismis hitam...pahit-pahit coklat.....perrggghhhh...xtahan beb...nak2 lepas je kuar oven, potong cantek-cantek, biar sejuk kejap then ngap... sedar2 dah habis setengah loyang...tu baru kitorang bertiga,xmasuk lagi mak ayah kitorang... xcaya???? meh tnya adik2 ambe banyak mana dorang bedal sambil tengok tv... (termasukla kakaknya nih yg xberhenti mengunyah smbil ngadap lappy,huhuhu...)


Ambe punya agak tebal sikit sebab xsangka dia naik agak tinggi. Lenkali nak buat nipis je adunan supaya more crunchy..mesti lagi xsedar diri makan...Ni cilok umah Kak Izah dah lama...bila??? hari kak Izah tayang bars nya lagi ambe dah cnp tapi proses menukarkan menda ni dari alam maya ke dunia realiti punyala lama. Xkesahla asalkan buat..ye x??? Tapi ambe memang xtipu...sangatla mengasyikkan makan bars ni sambil tengok tv,memang xtersedar tengok2 dah habis semangkuk....


Sumber asal: Kak rima
Yg Dah Try: Kak Ija, Kak Norli, Kak zai, Kak Hazila, Kak Nor, Kak Ayu


Bahan-bahannya:

2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm-ambe guna 210 gm
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang
1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang gajus- ambe guna walnut
segenggam kismis hitam- saya tambah

Caranya:

Menggunakan mixer:

Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan tangan:

Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
Masukkan vanila, kacang dan coklat.
Akhirnya masukkan adunan tepung.

Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.






Sambal Kicap Ayam

Lauk ayam ni dilawankan dengan sup tauhu telur semalam. Memula ingat nak masak ayam masak merah je tapi rasa bosanla pulak kalau asyik buat ayam masak merah je.. G jenjalan S'pore umah Kak ayu jap, amek idea ape kak ayu buat dengan ayam2nye... tengah2 menggodek nampak cam best je tajuk die, sambal kicap ayam. Kata kak ayu, ni kombinasi antara sambal tumis ayam dengan ayam masak kicap. 


Memang sedap tambah lagi ada bau daun limau purut dalam dia. Masa tengah masak tu, wangi je daun limau perut semerbak... Sume makan bertambah semalam. Memang meletopla!!!! Sambal kicap ayam lawan dengan sup tauhu telur...sendirik mau ingatla...hehehheh



Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tomato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin:
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara-cara:
Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak . Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Masakkan sehingga naik minyak.Hidangkan

Wednesday, December 22, 2010

Eggless Chocolate Cake

 Rupa kek lepas siap dimekap dengan ganache...( gambo xlawa, sebab xperasan setting camera habis lintang pukang dek adik bongsuku...)


 Buat semalam dan semalam jugak habisnya...licin tinggal pinggan je.. 2pn asyik dok menjilat ganache yang melimpah2 dari kek...saje je letak ganache lebih sebab kalau buat kek coklat, mestisume dok berebut nak jilat ganache tu...Lama tul simpan resepi ni sebab xde stok yogurt. Xjumpa yang plain, asyik jumpa yang perisa je. Dah jumpa lehla buat...ni amek umah AlongRoz ye... kat bawah dasar kek ni ambe letak biskut marie yang kebetulan tinggal sepeket je dalam tin. Sedap jugak rasanya... rasa coklat ada, rasa biskut marie pun ada...


Jemput makan....bismillah...ngap

* kes malas nak translate...

(Makes 8" sq)
INGREDIENTS:

60ml Warm Milk

50g Milk Powder
1 tbs Nescafe / Instant Coffee
1/2 cup Oil
100g Sugar
1 tsp Vanilla Essence
1 cup Yoghurt (HomeKreation: I've added this) 
125g Plain Flour*
80g Cocoa Powder*
1 tsp Baking Powder*
1/2 tsp Baking Soda
1 pinch Salt* (* mixed)


METHOD:


1. Mix warm milk, milk powder & Nescafe.
Add in oil, sugar & vanilla essence.
Add in yoghurt & stir well.
Add in flour mixture until combined.



2. Bake for 30-35 min (I've reduced it instead of 40 min).



CHOCOLATE GANACHE

Source: MyRecipe Facebook (forgot to copy the contributor's name, thanks to the owner) 
50g Cocoa Powder
60g Butter
1 cup Condensed Milk
- Mix & double boil until smooth.




Bahagian dasar yang ada biskut marie...

Sup Tauhu Telur

Taufu telur ada sebungkus lagi baki buat tauhu sambal hari tu. Ilang idea nak buat ape dengan sebungkus tu. Ingat nak biarkan je dulu sebelum topup dengan yang lain. Tapi tadi jenjalan umah Kak jun tengok2 Kak Jun pun buat sup dengan sebungkus je taufu telur tu... toink..toink....nak buat cam Kak jun gak la sebab dah lama xmakan sup camni. Dulu masa blaja memang selalu la makan sup ni sebab ambe ngan kengkawan panggil sup ni sup jimat. Yelah, time2 ujung bulan memang sume berjimatla tang duit..pilihan paling tepat selain telur, sup ni la...hehehheheeh...


Memang sangat sedap sup nih!! Siap masak tadi terus dok tercongok d meja dok menghirup kuah. Isi simpan nak makan nasi kejap lagi,ngeh3... Ambe kalau sup yang ada sayur camni suka letak sos cili sikit bagi rasa pedas sos cili,pastu hirup panas2...peerrrgggghhhhh....nikmatnya!!Kak Jun, mie panjangkan resepinya ye...



Bahan-bahan:
1 tauhu telur - potong enam
carrot - potong ikut suka
kubis
cendawan shiitake-rendam n hiris -xletak, xde stok
1 biji telur gred C
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit tepung jagung
air secukupnya
garam
pepper
daun sup n bawang goreng
sedikit suhun

bahan tumbuk/hiris:-
1/4 bawang bombay-dadu
1 ulas bawang putih
sedikit halia

Cara-cara:
Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak. Masukkan air dan biarkan air mendidih. Masukkan semua sayuran yang disukai dan masukkan tauhu telur. Masukkan tepung jagung, garam serbuk lada hitam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan telur. Kacaukan sekejap dan biarkan hingga telur masak. Padam api dan hidangkan dengan nasi putih...

Sup Krim Ayam + Blackpepper toast


Ni breakfast adik2 ambe 2 hari lepas.. Sup Krim Ayam dengan roti yang disapu sikit butter dan ditabur dengan serbuk lada hitam...yummmy....

Tuesday, December 21, 2010

Asam Pedas Nyonya

Dah lama rasanya xmasak asam pedas. Kebetulan penghuni umah ni masih ada yang makan ubat sebab saki baki demam dan batuk tu ada lagi, so xlehla buat asam pedas sebab guna daun kesum. Daun kesum dengan ubat memang xleh berjumpa sebab nnati tawar ubat yg dimakan kalau makan masakan yang guna daun kesum. Ambe xtau sejauh mana kebenarannya tapi maybe betul la kot.. Itu yang xterbuat lagi asam pedas ni..


Oleh kerana sume orang dah sembuh, semalam ambe lehla masakkan asam pedas ni. Kebetulan pulak, pokok kesum my mum dah mula hidup agak-agak subur, bolehla amek daunnya. Sekarang pokok tu dah togel balik,hehhehhe... Ni amek umah Kak Yatie yang sangat suka makan asam pedas, sama macam ambe...kihkihkih....


BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
  • 2 kelopak sawi jeruk (optional)-xletak, xde
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu - xletak gak,xde stok
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnnya
BAHAN KISAR HALUS :
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

Monday, December 20, 2010

Ayam Goreng Oat


Ini menu lunch tadi sebab dah sangat terguda tengok sume orang dok tayang oats memasing. Since xramai penghuni umah ni yang SUKA makan oats yang sangat berkhasiat itu, ni salah satu cara nak bagi sesape yang xsuka makan oats supaya mampu menelan oats dengan jayanya,hikhikhik..... resepi ni dah melompat dari satu umah ke satu umah, dari satu negeri ke negara, dari kuali mahal sampaila kuali cap ayam...(ambe la tuh!!)... Syok giler makan ayam ni sambil cicah cili sos, memang lepas ni lakula oats yang bersusun kat dalam almari tuh...


Ini amek umah Kak Hana di mana beliau dah mencedoknya dari umah Kak Madihaa.. Kak Nur pun dah try..tapi ambe berpaling tadah skit sebab ambe combine cara Kak Hana dengan cara Kak Madihaa, tapi still sedap.... resepi asal oleh Kak Siti Mariam..


* ini ambe dah olah ye.... versi asal leh klik kat Kak Hana dan Kak Madihaa...


Bahan-bahan
  • 6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
  • 2 sb serbuk kari*
  • 2 sb rempah sup*
  • 2 sk serbuk lada hitam*
  • garam*
  • 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum @ tepung jagung*
  • 1 biji telur
  • 2 sb breadcrumbs*
  • 1 sb air*
  • Oat secukupnya
Cara-cara:



  1. Gaul ayam dengan semua bahan bertanda * dan perap selama 1-2 jam.
  2. Setelah diperap, masukkan telur dan gaulkan dengan ayam sehingga rata.
  3. Ayam tadi ke golekkan ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
  4. Angkat dan toskan. Sedap dimakan ketika masih panas.