Sunday, October 31, 2010

Gulai Ikan Kering + Nenas

Menu lunch semalam... Sangat sedap hingga menjilat jari,nyum....nyum.... pagi ni xtau nak bebel ape sebab otak macam xleh nak piki time-time ujan tengah lebat kat luar umah ni. Sangat sejuk sampai ke tulang hitam,gggrrrrrr...... Resepi nnt ambe update ye...


Saturday, October 30, 2010

Sambal Belacan

Sape kenal benda yang ada dalam mangkuk kt bawah ni,angkat tangan...... Akanku hadiahkan semangkuk makanan ini kepada pemenangnye...... wakakkakakaka.....Xdela,memain je.. Ni sambal belacan my mum buat tadi. Saje la nk share dengan sume orang sambal belacan ni... Mesti korang leh bayangkan betapa nikmatnya makan nasi panas beserta ulam-ulaman dicicah dengan sambal belacan ni...walllaaaaa....

Ni style my mum buat sambal belacan. Memang melotoppp!!!! Lain orang lain caranye.. Ambe punya style??? Tarak...tarak..... Kalau nak makan sambal belacan, either beli atau my mum buat. Akan dicuba jugak asah skill buat sambal belacan ni tapi bila....... Biarla rahsia....


Bahan-bahan:


4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan* (dibakar selama 2 minit)
segenggam cili padi - nak lebih pedas,letak lebih
Sedikit air
Sedikit gula melaka
Sedikit garam
3 sb jus limau kasturi
1 biji limau kasturi - dihiris kulitnya 


Cara-cara:



  1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan sedikit air sehingga lumat.
  2. Masukkan gula melaka, garam, jus limau kasturi dan hirisan buah limau kasturi kedalam adunan yg telah diblend.
  3. Kacau rata dan siap!!

Thursday, October 28, 2010

Bawal Goreng 3 Rasa

Siaran ulangan atas permintaan bonda tersayang. Dah banyak kali buat tapi kebanyakannye xletak n3 kt sini. Still buat style goreng sebab sume orang umah ni prefer yg goreng dari yg stim. Ambe ambil dari umah Kak Nor. Takde idea nk cakap banyak,skang ni tengah hujan lebat kat kampung ambe, so nak layan mata jap...zzzzzzzzz....




Yg Pernah Try: Kak Ummi
Sumber : Pn Norzailina Nordin


Bahan:-
1 ekor ikan bawal - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya


Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah


Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis)
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi


Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ tak ada stok, ganti dgn sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis



Cara Memasak:-

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Wednesday, October 27, 2010

Puding Laici Dangdut

Pagi tadi memang dh niat d hati nak buat puding ni sebab my sis request dh lama, so kirimla pada dia mintak belikan susu cair dan serbuk agar-agar. Bila dah dapat, pelagi...berdesuppp terus g buat. Tapi sebelum tu, pagi tadi nengok-nengok Kak Hana pun buat puding laici tapi xdela tang dangdut tu. Puding ni memang glamer giler suatu ketika dulu, tapi macam biasela masuk waiting list! 


Makin lama, ambe tengok mak aih,makin ramai yg buat puding ni. Tak boleh jadi ni, kena buat ni!!! semangat mengalahkan gemor laici giler-giler,padahal sentuh secoit pun x!! Tapi owang umah ni memang giler laici.. So,buatla petang tadi. Skang ni dg tinggal separuh dah.. Ni hasil skodeng umah Kak Jun xlama dulu. Layannnnn.....


Sumber asal : Kak Hanieliza


Yg Pernah Try : Kak Hana, Kak Mas, Kak Izah, Kak Nor64, Kak Ina Kl, Kak Ummi


Bahan :

  • 10 gm agar-agar serbuk / 1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara :
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. ( jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Bebola Roti Goreng


 Huh, sgt xlawa ini gambo!!!! Tapi ni je gambo yg paling jelas yg ambe amek. Dah xkuasa nak amek yg lain,korang layan jela gambo ni ye. Yang penting pelakon utamanya dh selamat masok perut pun~~ Buat pun separuh je. Dapatla banyak gak, anto umah spupu separuh,ambe telan separuh. Ni hasil dok jeling umah Kak LizaHanum lama dulu,dok dlm waiting list.. Hampir xteringat. Semalam nengok Kak Ummi buat, datang balik ingatan tu,hahahha... Cam biase, xgaring xbest ye... Hmmmm, togel betul cucur ni,xde nk hias bagai...



Bahan:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis - ambe letak ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) - ambe xletak
  • minyak utk menumis

Cara penyediaan
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
  2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.




Tuesday, October 26, 2010

Fruit Jelly

Sapa mau buah oren???? Oren....Oren... sebijik 4 ringgit, 2 bijik sepuluh ringgit... Oren...Oren... Wahhhhh, dah macam penjual oren pulak ambe ni!! dah seminggu berchenta nak buat jello ni, dok tringat siang malam. Makan kenyang, tido jangan cakapla nyenyak giler! Ni gara -gara tengok umah Kak Nor minggu lepas la ni, pastu Kak Izah pulak dok tayang umah dia. Akhirnya hari ni,jadi jugak buat oren ambe. Semua excited bila makan, ala-ala makan oren sebenar gitu..

Sebagai langkah percubaan,ambe buat separuh je dulu dari resepi asal sebab takut gak xmenjadi. Maklumla tangan orang xberseni ni, kang nak buat oren jello jadi lain pulak rupanya,heheheheh... Versi asal dari umah Kak Yani MyR. Ambe sertakan 2 2 cara.. Dan sesape yg nak tengok ' The making Of...' leh g tengok umah Kak Nor @ Kak Yani... Layannnnnn.....

Yg Pernah Try: Kak Hana

Versi Kak Yani..

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Monday, October 25, 2010

Ayam Merah Pak Long

Kerana nasi minyak, diriku diterjah dengan soalan yg panazzzzzz dari Kak Mas dan Kak Del,wahahhaha.... Utk kakak2ku ber2, nasi minyak tu lambat lagi ye. Ni nasi minyak perut orang umah ni yang berkompang lapo!Kak Izah,lupa tadi nak idang lauk, idang nasi je,hehhehe... Ni la lauk yang ambe gandingkan di pelamin dengan nasi minyak, ayam merah Pak Long. Yang penting paklong yg dimaksudkan bukan paklong ku ye, tapi Pak Long Abang Mat Gebu..


Menu ni dah lama dok dalam waiting listku, baru hari ni berkesempatan nak buat. Memang rasa agak lain sikit sbb ada kacang tanah dlm ayam ni, dan ambe skip bab santan dan buah keras sebab xde dlm simpanan sekarang ni. Tapi xpela, lenkali akan try buat dengan penggunaan bahan yg cukup.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka
1 biji bawang besar hiris bulat
1 genggam isi kacang tanah jenis besar
1 cawan santan (mat guna 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan air)
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah tadi dicuci, dan rebus hingga lembut dan buang kulit. Ayam dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing), angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah dan santan, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar dan perasaakan dengan garam dan gula (selalunya manis sikit). Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, gaul dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kacang pis sebelum dihidangkan, jika suka...

Nasi Minyak

Semalam dah kaler kuning, arini warna kuning lagi nasi ku. Mesti ada yang perasan, seminggu 2 ni nasi ambe banyak yang berperisa selain nasi putih. Saja je sebenanye nak try pelbagai jenis nasi, xdela stick dgn nasi putih je. Esok my mum dah cakap awal-awal dia nak makan nasi putih. Yes mum,hehheehhe...


Sebenarnya ni my mum yg request nak makan. Lepas masak nasi lobak merah semalam, my mum kata, nak x esok kita buat nasi minyak??? Ambe cakap, boleh je since ambe pun xpernah try masak nasi minyak ni. So, pagi tadi skodeng punya skodeng cari umah yang buat nasi minyak xguna susu cair sbb stok susu cair habis, jumpa la resepi nasi minyak kat umah Kak An yg xguna susu cair. Pe lagi, sesi salin menyalin pun bermula..



Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

Benjo


Ni menu breakfast pagi ni. Saje je masuk n3 benjo ni,kasi glamer sikit,wahhahaha... Abaikan kesememehan sos cili yg meleleh tu. Toksah dok belek-belek cari cheese ye,sebab cheese kt umah ni dah habis dibedal  si kecik tu. Roti burger pun dh habis, guna jela roti Gardenia keping tu..  Takyah mintak-mintak,dah licin masuk perut,huhuhuhu....

Nasi Lobak Merah

Sebenarnya n3 ni ambe nak update semalam tapi since internet sangatla lambat,ala-ala siput tengah jalan-jalan amek angin kat taman, hanya dpt masukkan n3 Ayam Bistik je kat bawah sinun. Tu pun tunggu punyala lama nk upload gambo. Xpela, yang berlalu biarkan berlalu. Meh kita cite pasal nasi kaler merah ni..



Nasi ni pun hasil skodeng umah Kak Ummi.Kak Ummi cakap dia try cara Kak Ayu @ S'pore buat. Ambe kira tiru Kak Ummi 1 set la,nasi dan lauk. Makan dengan timun batang.. Rasenya ramai yg dah try nasi ni dan memang diakui sedap. Rasa carrot die xdela ketara sangat, lagipun kaler nasi ni bila masak wangi je, tu pun ambe gantikan minyak sapi tu pada butter biasa je. Kalau guna minyak sapi betul,mesti lagi wangikan bau dia.. Ambe buat separuh dari resepi kt bawah ni...

Yg Pernah Try: Kak Nur, Kak Nor

Bahan-bahan:

1 kg beras beriani
6 biji lada hijau dipecah-pecahkan
1 sudu teh jintan halus - ditumbuk kasar-kasar
1 cawan minyak kacang
1 sudu makn minyak sapi
3 batang lobak diparut dengan parut rojak (dipasak)
300gm buah tomato dipotong halus
6 biji bawng putih dikisar
2 cm halia dikisar
2 biji bawang besar dihiris
4 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
garam secukup rasa

Cara-cara:

1.  Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.

2.  Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut.

3.  Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.

4.  Tumiskan bawang besar, bahan-bahan kisar, lada hijau dan jintan.

5.  Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga
cengkih dan air.

6.  Bila mendidih, masukkan beras dan garam, tanaklah hingga masak.

Sunday, October 24, 2010

Ayam Bistik

Pagi tadi jenjalan umah Kak Ummi, g tengok bahangian ayam sebab nak amek idea nak masak ape dengan ayam hari ni since my mum dh kuarkan ayam dari esbok. Berkenanla dengan satu resepi ayam ni, Ayam Bistik.. Kak Ummi gandingkan ayam ni dengan nasi lobak merah, so ambe pun buatla nasi lobak merah. Nasi ni kat atas sinun ye,hehheh.... Resepi asal adalah dari umah Kak Dayang.. Papepun,memang sedap gandingan ayam bistik ni dengan nasi yg di atas sana, memang meletopppp!!!


Sumber asal : Kak Dayang
Yang Pernah Try : Kak Nor

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.

Cucur Bilis Kembung

Menu brunch ambe n my mum.. Since kitorang 2 orang je kat umah, buat cucur ni dgn secawan air masing2 punya suka rasa ape, kenyangla sampai tengah hari.. Ni akibat tergoda tengok cucur Kak Izah la ni,kembung semacam je.. Tapi ambe punya xdela kaler ijau2 tu sebab daun bawang,daun kucai,daun sup sume tarak..  ambe goreng kasi terlebeyyyy sudahh.. Kalau buat cucur, kena garing baru ummmppphhhh....
Cicah dgn cili sos thai,nyum nyum...

Sumber asal: MyResipi

300 gm tepung gandum 
1 sudu kecil mauripan 
1 biji telur 
1/2 cawan ikan bilis 
1 labu bawang besar 
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit 
2 pokok daun bawang 
daun kucai - saya tambah 
taugeh- jika suka 
garam
serbuk kunyit 


Caranya: 



  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur 
  2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit 
  3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Saya Blogger Baru..


Tengah jalan-jalan umah kengkawan blogger lain, singgah jap umah Abang Ben. Nampak abang Ben buat segmen nk kenalkan blogger baru, so ambe joinla sebab ambe ni bolehla dikategorikan as new blogger sbb baru 3 bulan lebih umah ambe ni di buka pada tatapan umum..

Pada sesiapa yg sudi mengunjungi teratak ambe ni, tq bebanyak dan segala komen utk memperelokkan lagi umah ambe amatla di alu-alukan...

Saturday, October 23, 2010

Sarapan kami...

Dalam bulan Oktober nak menginjak ke ujung tahun ni,negeri2 kat Pantai Timur ni memnag dah nak menghampiri musim bah @ banjir. So,time2 camni la segala jenis ubi termasukla ubi kayu boleh dituai hasilnya. Orang2 kampung memnag suka rebus ubi kayu dan makan dengan kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam dan gula... Uiiikkkkss,gula xtinggal tu!!!!


Ni la menu breakfast kitorang pagi ni. Makan ubi kayu rebus ni panas-panas cicah kelapa parut,dapat pulak kopi o yg kawwww,memang xhengat donia la!! Ubi kayu ni makcik ambe jiran paling 'jauh' - jaraknye 2 meter dr pagar umah ambe... yg kasi. Kalau korang xbiase tengok,yg ni ubi kayu yg warna kuning. Selalu yg kita makan tu warna putih,tapi yg ni kuning ala-ala kuning diraja gituu... Ubi kuning ni rase dia lagi sedap sebab lagi lemak dan berkrim,hehhehe..... Jemput makan semua!!!

Friday, October 22, 2010

Sup Kaki

Sapa mau sup kaki??? Angkat tangan tinggi-tinggi...harap maklum ye,tangan bukan kaki!! Kang korang terbalik karang, sapa yg susah..bukan ambe yg susah.. Ni menu lunch owang dlm umah ni ari ni, sup kaki dan nasi kosng.. @ je. Kat umah ni kalau buat sup kaki memang dah xpayah buat lauk lain sebab memang akan focus dekat sup ni je..


Bayangkan masa nak makan tu,masa sup tengah panas-panas ala2 berasap tu,letak sambal kicap sikit, perah asam limau sikit, perrrgggghhhhh kalau mak mentua lalu pun buat dunno je,wakkakakaka..... Mak mentua orangla,bukan ambe.... Kaedahnye sama macam nak buat sup tulang yg pernah ambe publish dulu,leh tengok sini... Tapi nak memudahkan rujukan d masa depan, ambe letak sekali lagi..

Bahan-bahan: 
1/2 kilo kaki lembu
2 paket sup bunjut
2 inci halia - ketuk
2 sb perencah sup
1/2 sk lada hitam - ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih - ketuk
2 biji cili padi - dihiris nipis
Garam
Gula
Ajinomoto
Air secukupnya
Daun bawang,daun sup
Bawang goreng
1 biji limau nipis -belah 4


Cara-cara:


  1. Rebus kaki setengah empuk,kemudian buang air rebusan tadi.
  2. Masukkan air yg bersih dan rebus hingga empuk
  3. Masukkan sekali sup bunjut,lada hitam yg telah ditumbuk, halia dan bawang putih. Biarkan hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan perencah sup, garam,gula dan ajinomoto.
  5. Biarkan mendidih dengan api yg perlahan selama 45 minit hingga 1 jam @ sehingga masak.
  6. Hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Taburkan juga cili padi dan perahkan asam limau nipis semasam yg anda suka.
  7. Siap!!! Hidangkan panas2!!!

Wednesday, October 20, 2010

Ayam Oriental

Kak Izah, dah ku buat Ayam Orientalmu itewwww!!!! Kak Mas, lauk kita sama,hehhehhe...2 pasal xnak ngendeng Kak Mas punya lauk arini.. Kak Nor,kita still dlm zon yg sama walaupun spesis bahan basahnye lain... Kak Nor sotong,mie ayam! Ni kes terpesona tengok Kak Izah mengorientalkan ayamnye la  kelmarin. Memang dah bertekad ape nak jadi pun jadila,ambe nk buat jgk makanan ni arini. Wah,tekad!!


Punyala konon2 berahsia padahal xde papepun. Xdela nak berahsia sangat tapi petang tadi de kije sikit, so kenala update malam ni. Lagipun kan petang tadi nk upload gambo pn xleh sbb under maintenance, so menangguhkan lagi hasrat murni ku ini. Nasi ni kugandingkan dengan nasi mentega tadi. Kombinasi yg sedap dan melajukan tangan ini menyuap dan menambah nasi,hehhehe....

Bahan2  
1/2 ekor aym ~ bersihkan & lumur dengan garam dan kunyit,goreng hingga masak
1 ekor kentang - potong baji.Goreng hingga masak.
 
1 tangkai daun kari 
5 ulas bwg merah ~ hiris 
3 ulas bwh putih ~ cincang 
garam & gula secukup rasa 
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah) 
1 batang serai

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam 
2 s/k rempah kari ikan 
1 1/2 s/b sos tiram 
2 s/k sos ikan 
6 s/b air panas

Cara Menyediakan 
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan. 
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit. 
3. Masukkan ayam dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.

Nasi Mentega

Semalam sambil dok tengok tv, dok terpikir2 nak masak nasi perisa ape hari ni.. Nasi serai dh try, nasi beriani still dok tercongok dlm waiting list, malas nk usik.. G dapo bukak peti ais,nampak butter Naturel yg kitorang selalu makan, ting!!! Dapatla idea nk msk nasi butter.. Pagi  ni godek2 2 3 buah umah tengok resepi sape paling senang,ngeh3... Singgah umah Kak Yatie,nampakla die penak buat nasi butter ni genauna bahan yg sgt senang, so tanpa buang tenaga letrik dan kalori,terus ku salin resepi ini utk d keletang keletungkan d dapo sat lagi..



Nasi ni saya lawankan dengan lauk yg tengah hangat d pasaran skang ni!! Nak tau lauk ape..malam karang ye,ade keje sikit nk kena buat.. lauk ni memang tgh PANAS skang ni,ramai yg dah try..nak tau sape yg dah penah try,huih malam karang ambe gtau ye.. Nuh,nampak dh bayang2 lauk tu kt belakang nasi tu ye... papepun,meh layan nasi ni lu.. ambe tambah susu pekat je sikit...

Sumber asal: Kak Seri, Kak Anis

Bahan-bahan:


4 cawan beras
11/2 inci tebal mentega
2 biji bawang merah dimayang halus
1 helai daun pandan (saya gantikan dengan rempah tumis 4 sekawan)
2 kiub pati ayam
1 sb susu pekat
1/2 cawan kismis
Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Basuh basmathi dan toskan airnya.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang, diikuti rempah tumis hingga layu dan naik bau.
3. Masukkan beras tadi dan kacau rata.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Masukkan daun pandan, kiub pati ayam, susu pekat dan kismis. Kacau rata.
6. Masak hingga nasi hingga masak seperti biasa.